CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, 2 May 2009

Aku, PMI, dan USM




Menyorot hari pendaftaranku di USM. Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) aku rasakan dekat dengan diriku walaupun belum sempat aku menjejakkan kakiku di bumi USM. Pada masa itu, aku masih ingat, banyak banner PMI hasil cat tangan yang telah digantung di sekitar USM yang dapat aku lihat dari cermin kereta bapaku yang menghantar aku pada pagi 2 Julai 2005. Banner-banner tersebut yang digantung untuk mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar baru sesi 2005/2006 ku rasakan melambai mesra kepadaku.
Semasa minggu orientasi berlangsung, aku berkesempatan untuk bertemu dengan PPMS-PPMS yang secara sukarela memberikan khidmat kepada kami sepanjang minggu tersebut. Pada tempoh orientasi itu jugalah, pelbagai program-program yang telah disusun untuk memperkenalkan USM kepada pelajar-pelajar baru. Program yang paling menarik minatku ialah program yang berbentuk propaganda mengajak mahasiswa baru membenci PMI. Mereka mengatakan PMI adalah alat PAS, dan kemudian menakut-nakutkan mahasiswa tentang AUKU.



Dengan propaganda begini, bagiku matlamat mereka untuk menakut-nakutkan mahasiswa agak berkesan. Mereka berjaya membentuk pemikiran takut ke dalam minda mahasiswa baru, yang bagiku sepatutnya perlu didedahkan dengan system pengajian di USM, bagaimana ingin menjadi pelajar cemerlang di USM, dan motivasi-motivasi untuk menjadi mahasiswa yang tidak alpa apabila berada di universiti.
Alhamdulillah, aku yang pernah mendengar nama PMI sejak zaman sekolah lagi tidak terpengaruh dengan agenda jahat ini malah merasakan ingin lebih kenal lagi akan PMI. Aku ingat lagi petang itu, masa aku tingkatan 4 bertempat di SMK Teknik TARP, Pulau Pinang. Aku tertarik pada satu logo besar berbentuk hijau yang membentuk peta dunia dengan slogan Islam Syumul pada t-shirt putih abang Shahrin (senior sekolahku, tahfiz sekarang). Itulah sebenarnya kali pertama dan kali terakhir aku melihat logo tersebut semasa zaman sekolah. Tetapi aku banyak kali terjumpa nama Ramadhan Fitri bin Ellias (Ketua Umum SMKA AlMashoor masa aku Form 1) yang sering menggunakan jawatannya dalam PMIUM apabila menulis artikel-artikel dalam Kolum Surat Pembaca di akhbar-akhbar perdana.



Berbalik pada cerita tadi, pada ‘Orientation Week’ itu juga, minda kami ditanam dengan slogan ‘Aspirasi, Aspirasi, Aspirasi!’. Aku dapat rasa agenda memperbodoh mahasiswa sedang berjalan dengan lancar ketika itu. Aku hanya mampu menyampaikan kepada kawanku di sebelah tentang apa sebenarnya yang sedang mereka lakukan. Aku hanya mampu bertanya“Hang tau dak Aspirasi tu benda apa?”Aku pun tak mampu untuk menerangkan apa itu aspirasi dengan lebih lanjut kepada kawan-kawan ku. Sebabnya ketika itu, aku hanya tahu Aspirasi ialah satu kumpulan pelajar yang Pro-Umno yang berlawan dengan PMI semasa Pilihan Raya Kampus. Itu saja.
Pencarian aku untuk mendekatkan diri dengan PMI pada minggu orientasi ternyata sia-sia. Kakak-kakak dan abang PPMS yang ku jumpa tak mampu memberikan aku maklumat berguna berkenaan dengan PMI. Mereka hanya tahu mengutuk tanpa mereka sendiri pernah melibatkan diri. Mereka hanya menghukum tanpa mereka sendiri mengenali. Mungkin bukan salah mereka. Mereka hanya ingin berbakti kepada mahasiswa baru. Bukan menjadi barua. Tetapi mereka telah di’set’ begitu.

alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5331260089667641410" />

Selesai minggu orientasi, maka ketemulah aku dengan wajah-wajah penggerak PMI ketika itu. Antaranya Amer Shahreza, Sheikh Hizami, Ahmad Zairul, dan Tuan Hashim serta lain-lain.Maka, bermulalah era baru kehidupanku di USM….. Hai, dah nak kawen dah brother Amer dan Sheikh Hizami...untung la bakal zaujah depa nanti.. hahaha..
Sekian…