CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday 21 January 2010

Cikgu Ihsan Oh CIkgu Ihsan…

Hari ni, sempurna sudah tiga minggu sesi persekolahan tahun 2010. Jika setahun yang lalu, aku sekadar guru pelatih atau guru praktikal di SMK Alang Iskandar dan hanya sebagai guru ganti di Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU) Permatang Pauh pada bulan Oktober yang lalu.
kini aku benar-benar menjadi cikgu yang perlu mempraktikkan segala ilmu yang ditimba selama ini dan dalam masa yang sama mempelajari banyak lagi ilmu-ilmu perguruan yang tidak dipelajari di mana-mana Universiti. KIni, aku benar-benar diuji.
Jika masa praktikal, aku dan guru-guru pelatih yang lain tidak memegang banyak jawatan. Sekadar focus pada pengajaran dan hari sukan sekolah serta bersedia mental dan fizikal untuk dicerap pensyarah untuk mendapat gred yang bagus. Itu saja bebanan-bebanannya.
Tapi sekarang, bila terjun ke bidang pendidikan sebegini banyak lagi perkara-perkara baru yang perlu diterokai. Banyak juga tugasan-tugasan yang perlu digalas selain dari tugas mengajar di dalam kelas.
Banyak juga rupa-rupanya amanah dan tanggungjawab yang ditaklifkan kepadaku.
Setakat hari ini, aku telah diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran:-
1. Fizik Tingkatan 4 Sains (satu kelas ja kelas sains sekolah aku ni, tu pun yang tak dak A pun boleh masuk).
2. Matematik Tingkatan 4 Bestari (kelas last sekali, kelas yang meletihkan aku. Dah la 40 orang budak kelas ni. Ramai yang jenis tak mau belajar pulak tu. Keputusan Matematik dalam PMR mereka hanya D dan E).
3. Matematik Tingkatan 3 Cendekiawan. ( Kelas penyejuk jiwa. Majoriti pelajarnya ingin belajar walaupun mereka dalam kelas ke tiga dari 4 ).
4. Sains 1 Cendekiawan. (Kelas yang last sekali. Pelajarnya 50 orang. Tapi Alhamdulillah. Kebanyakan mereka masih kanak-kanak yang masih bebas dari dosa. Tak la sesak sangat dada nak ngajar depa ni Walaupun ada yang masih sangkut-sangkut untuk membaca).
5. Sivik dan Kewarganegaraan. Tiga kelas. 3 Bestari, 3 Cendekiawan, 3 Dedikasi.. Tak la pening sangat nak ajar subjek ni.
Selain rutin mengajar dalam kelas berikut. Taklifan-taklifan lain adalah:
1. Penyelia Tingkatan 1
2. Guru Kelas 1 C
3. Ketua Panitia Fizik
4. Pembantu Warden Asrama
5. Guru penasihat Kadet Remaja Sekolah (Putera)
6. Guru Penasihat Sepak Takraw
Sebenarnya, ada lagi jawatan-jawatan lain yang ada nama aku dalam senarai. Tetapi sekadar untuk memenuhkan organisasi pengurusan ja. Tapi 6 jawatan yang aku senaraikan di atas adalah tanggungjawab yang tidak boleh dipandang sebelah mata. Semuanya memerlukan komitmen yang tinggi untuk menguruskannya.
Walau bagaimana pun, aku tetap bersyukur kerana jika nak dibandingkan dengan kawan-kawan aku yang sama-sama posting dengan aku di sekolah ini, ada yang perlu menjadi guru Perpustakaan, ada yang jadi guru Koperasi sekolah, yang bagiku kedua-duanya lebih memeningkan kepala.
Begitu juga dengan sahabat-sahabat seperjuangan di USM dulu. Aku merasakan mereka juga sedang diuji dengan pelbagai tanggungjawab yang perlu digalas.
Apa-apa pun terima kasih diucapkan kepada guru-guru di sekolah ini yang bagiku begitu prihatin dan membantu dan memberikan kerjasama yang mantap dalam sama menjayakan misi sekolah.
Sahabbat-sahabat, doakan semoga aku terus kuat dan tabah menghadapi pelbagai ujian dan cabaran kehidupan.

Thursday 7 January 2010

PELIK BIN AJAIB

Setahun lalu, kampung sebelah taman perumahan aku gempar dengan kehilangan enjin motosikal di dua buah rumah dalam tempoh beberapa malam.
Aku merasa pelik bin ajaib jugak dengan peristiwa yang diceritakan oleh bapa saudara aku dulu. “Hebat gila penyamun la ni, tak dapat curi moto, enjin pun jadi”. Kehebatan penyamun tersebut boleh diiktiraf sebagai penyamun yang cekap sebab mampu mengeluarkan enjin motosikal di rumah orang.

Semakin lama peristiwa itu terjadi, tidak terdengar lagi kisah kehilangan enjin motosikal. Yang kedengaran saban hari adalah kehilangan motosikal.

Tetapi, apabila tiba di akhir tahun 2009, seluruh Negara gempar dengan kehilangan enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Bukan satu, tetapi dua. Setiap satunya berharga RM 50,000,000 (lima puluh juta ringgit sahaja). Maknanya, kehilangan RM100,000,000 duit rakyat dalam sekelip mata.

Enjin yang hilang tersebut dilaporkan oleh PDRM telah berada di Amerika Selatan.
Bertambah ajaib dan musykilnya peristiwa yang berlaku ini yang berlaku pada tahun 2007 baru disedari tahun ini. Bermacam-macam persoalan yang boleh ditimbulkan dengan kes ini. Hatta, percuri-pencuri di seluruh Negara juga mungkin garu kepala dengan kehilangan milik Negara ini.

Peristiwa ini sangat menghodohkan nama Negara.
Isu ini telah disindir dunia antaranya dalam New Straits Times Singapura yang menceritakan bahawa “seluruh unta-unta di seluruh dunia ketawa terbahak-bahak apabila terdengar berita kehilangan dua enjin jet pejuang milik tentera Malaysia”.
Aku pun tidak hairan lagi dengan kehilangan dua buah enjin motosikal yang berlaku dulu. Enjin jet pejuang pun boleh hilang. Malah dikatakan tentera berpangkat rendah yang mencurinya.