CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday 6 February 2010

Coretan program "MAHAR SI DIA"

Pagi Selasa 2 Februari yang lalu, lebih tepat lagi pada jam 8.37 pagi, telefon bimbit aku berbunyi menandakan ada mesej masuk. Aku yang ketika itu sedang mengajar Fizik Tingkatan 4 Sains di makmal membiarkan dulu mesej tersebut.

Ketika aku memberikan masa untuk pelajar-pelajar mencatat nota-nota penting, aku mengambil kesempatan membaca mesej yang masuk, kalau-kalau mesej tersebut penting. “Mungkin dari En Johar”, bisik hatiku. En Johar merupakan PK HEM aku. Beliau merupakan orang yang selalu menghubungi aku ketika waktu persekolahan.



Namun, ketika aku membuka mesej tersebut, aku begitu hairan kerana mesej tersebut datangnya dari Joraiha. “Apa mimpi Joraiha hantar mesej kat aku pagi-pagi cam ni?”, aku tertanya. Sejak aku keluar dari alam kampus, jarang sekali aku mendapat mesej dari sahabat-sahabat. Apatah lagi dari muslimat. Yang ada hanya dari Afzan dan beberapa orang lagi.

“Salam ustz. Maaf mengganggu. Ustz free x jumaat mlm, 5hb ni?nak jemput ustz jd MC tuk program ‘mahar si dia’…..”, tersengih aku sendiri di depan pelajar-pelajar. Rupa-rupanya aku dilamar untuk menjadi MC. Aku terus saja menutup mesej tersebut walaupun mesej tersebut masih panjang lagi sambungannya. Aku tutup kerana aku tak mahu sengihan aku akan bertukar menjadi ketawa sorang-sorang di hadapan kelas. Boleh jadi aku dianggap gila oleh pelajarku kerana gelak sorang-sorang.

Walau bagaimanapun, ada jugak pelajar yang perasan sengihan pelik aku. “Cikgu, awek hantar mesej ka?”, Tanya seorang pelajar perempuan. “Cikgu mana ada awek”, sempat aku menjawab dan terus aku mengabaikan soalan-soalan susulan dengan mengajak mereka kembali kepada tajuk pengajaran. Terus aku lupakan lamaran tersebut.

Ternyata, kesibukan aku di sekolah hingga menyebabkan aku terus terlupa tentang mesej Joraiha. Hari itu aku pulang darinsekolah pada jam 6 petang. Huh..

HInggalah pada malamnya aku ditelefon Joraiha untuk mendapat jawapan. Baru aku teringat mesej pagi tadi. Setelah dijelaskan melalui telefon tentang program tersebut, aku belum mampu memberi jawapan yang pasti. Keinginan ada. Tiada perasaan takut. Cuma yang menjadi penghalang adalah rasa segan. Aku segan kerana beberapa perkara. Salah satunya adalah kerana tajuknya. Mahar Si Dia. “Ni mesti bab cinta”. Aku memohon sedikit masa untuk berfikir.

Sekali lagi aku meneliti mesej pagi tadi.
“Salam ustz. Maaf mengganggu. Ustz free x jumaat mlm, 5hb ni?nak jemput ustz jd MC tuk program ‘mahar si dia’….harap sgt ustz boleh…permintaan dari junior2 ni..insyaAllah moderator kak Gayah.. bagaimana ustz?..

Sementara belum membuat keputusan, aku cuba menghubungi Amer Shahreza kalau-kalau dia nak menjadi untuk MC. “Kalau-kalau dia mau, lagi la best”. Tapi, aku gagal. Operator yang menjawab panggilan aku.

Terus saja aku memberi jawapan terima atas lamaran Joraiha untuk menjadi Pengerusi Majlis program tersebut. “Ok la, Jumaat malam. Jumaat cuti. Sabtu pun cuti. Tak la kalut sangat nanti”.

“Pasti ramai orang program nanti”. Aku mengagak berdasarkan pengalaman aku yang lalu. Program Bicara Cinta memang sentiasa menjadi program terhangat PMI.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Ternyata, pada malam tersebut memang satu fenomena luar biasa berlaku. Aku yang sampai tepat jam 8.28 malam melihat DKG 31 yang boleh memuatkan 400 orang dalam satu-satu masa hampir penuh. Pada waktu tersebut, aku masih melihat berbondong-bondong manusia memasuki dewan mencari tempat kosong.

Sepanjang 4 tahun aku menyertai PMI USM, aku belum pernah melihat program PMI dihadiri mahasiswa-mahasiswi sejumlah itu. Malah kehadiran mahasiswa juga boleh dikatakan membanggakan.

Seingat aku, program PMI yang paling ramai penyertaannya adalah sewaktu Perasmian Karnival PMI (di DK SK 4) dan Forum Berdua Lebih Baik?. Forum berdua lebih baik diadakan di DK A (boleh memuatkan 200 orang) dengan audience melimpah hingga keluar. Serta program Semurni Lebaran. Namun, program berbentuk ilmiah memang jarang dewan sesak.

Tahniah kepada Persatuan Mahasiswa Islam USM khususnya kepada HELWI kerana berjaya menganjurkan program semalam dengan jayanya. Aku melihat pemilihan waktu yang sesuai, dan tempat yang strategic dan luas juga memainkan sumbangan untuk kejayaan program tersebut selain tajuknya yang menjadi factor terpenting.

Tetapi, apa yang lebih penting adalah ilmu dan kebenaran yang perlu disampaikan. Lebih baik lagi jika dapat diamalkan oleh para hadirin dan dapat disebar luaskan sebagai panduan untuk melaksanakan syariat yang memudahkan dan meninggalkan adat yang kadang-kala tak selari dengan syariat.

Terima kasih juga kerana sudi memberikan kepercayaan kepadaku untuk menjadi Pengerusi Majlis (walaupun aku bukanlah pengerusi yang cemerlang sepanjang aku bergelar mahasiswa dulu). Maaf atas segala kekurangan dan kelemahanku sepanjang mengendalikan program semalam.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
P/s: kepada sesiapa yang ada mengambil gambar aku jadi MC smlm, boleh la emel kat aku. sun_mash86@yahoo.com . Untuk dijadikan sebagai kenangan.

0 comments: