CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday 6 May 2009

Selamat Tinggal SMK Alang Iskandar , Bagan Serai

Alhamdulillah..serentak dengan cuti sempena Hari Pekerja 1 Mei 2009, bererti berakhirlah juga satu lagi fasa penting dalam hidupku. Berakhir sudah praktikal aku di Sekolah Menengah Kebangsaan Alang Iskandar, Bagan Serai, Perak.
Banyak pengalaman dan kenangan yang dapat kukutip sepanjang lebih kurang 4 bulan tempoh Latihan Mengajarku di sana. Terima kasih tak terhingga kepada pihak pentadbir, guru-guru, terutama guru pembimbingku Hjh Nor ‘In bt Salleh yang telah memberiku tunjuk ajar dan sangat mengambil berat terhadap diriku. Guru pembimbing yang lebih mesra dipanggil ‘mak cik N’ ini, hampir setiap kali waktu aku mengajar Fizik, pasti dia akan masuk. Pada hal, dia hanya perlu mencerap aku 3 kali sepanjang aku praktikal. Banyak yang mak cik N ajar aku.





Tak dilupakan kepada para pelajar terutama kelas 4 Sains dan 4 ERT yang telah menjadi murid-muridku yang pertama sebelum aku menempuhi cabaran sebagai guru sebenar tak lama lagi. Di samping cikgu mengajar kalian, banyak juga cikgu belajar dari kalian. Kalian memberikan cikgu erti penghormatan kepada seorang guru. Kalian juga secara tidak langsung memberi cikgu peluang untuk mengetahui dan mencari kaedah terbaik untuk mengendalikan remaja. Kalian memberi cikgu peluang untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang remaja, masalah dan puncanya. Wahai pelajar 4 Sains, jamuan kalian pada 23 April lalu pasti kukenang. Jamuan penuh dengan kejutan, walaupun kepala cikgu dan kawan-kawan cikgu dipenuhi hampir sekilo tepung. Para pelajar 4 ERT, surat luahan hati kalian juga pasti cikgu ambil pengajaran, kerana ia penuh makna tentang erti sebuah kasih seorang guru. Cikgu minta maaf andai kalian ada menganggap cikgu bersifat pilih kasih dengan melebihkan 4 Sains. Cikgu tak pernah berniat untuk meminggirkan kalian. Situasi yang menampakkan seperti itu. Surat kalian akan cikgu simpan. Jangan marah.


Dan terimalah bookmark dari cikgu tu.. Yang tu ja cikgu mampu tinggal kat hgpa..
(sama dengan header blog)

Tak ketinggalan, jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan praktikalku Mohd Hilmi Roseli, dan tiga lagi rakan-rakan dari UPSI, Nur Aizudden Kariman, Mohd Hilmi Utoh dan Ambariah bt Umar. Tanpa kalian, pasti hidupku di sni terasa bosan. Kita sama-sama menggerakkan Program Motivasi Pelajar Tingkatan 2, sama-sama berkhemah di Pantai Kerachut, dan berkerjasama menjayakan program-program lain. Sesungguhnya, perkenalan kita dalam tempoh singkat ini meninggalkan banyak memori indah bersama. Semoga pertemuan kita ini dilimpahi rahmat Allah dan mininggalkan kesan yang baik dalam hidup kita masing-masing.



Semoga kalian semua berjaya dalam hidup dan selepas mati. Semoga kalian juga menjadi manusia-manusia beriman yang bermanfaat untuk manusia-manusia lain. Selamat berjumpa lagi wahai insan-insan yang ku kenang sekalian….


Cikgu Ihsan

2 Mei 09@1:20 am..

Parit Buntar.