CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, 16 April 2009

BERITAHU PADA MUSLIMAH




Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.



Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.



Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian dari iman...

Wednesday, 1 April 2009

Sejarah di Bukit Gantang

Dah lama aku sendiri tak tengok blog aku. Nak kata dah lama tak buka intenet, selalu ja aku baca blog-blog orang. Barulah aku rasa susahnya nak bela sebuah blog ni. Sebelum ni dok dengar orang kata ja. Banyak sangat halangannya. Masalah paling besar, aku susah nak menulis. Bila dah tulis, rasa ayat entah apa-apa. Mungkin sebab dah lama tinggal LKM 400.

Tapi alang-alang menyelup pekasam biar ke pangkal lengan. Alang-alang dah ada blog, jangan abaikan pula. Ikuti ceritaku...

Tiba-tiba Bukit Gantang menjadi popular kebelakangan ini. Hal ini gara-gara akan berlangsungnya Pilihanraya Kecil 7 April ini, ekoran kematian YB Roslan Shahrum. Takdir Allah, kematian berlaku ketika krisis di Perak sedang memuncak.

Bukanlah bicara politik yang aku nak cerita di sini tetapi, sejarah yang pernah tercipta dalam hidupku dan kawan-kawanku yang terlibat dalam peristiwa Bukit Gantang.

Alkisahnya berlaku apabila satu pengalaman pahit yang menimpa kami. Perkhemahan yang dirancang selama beberapa hari terpaksa ditukar perancangan. Ini semua berlaku apabila hujan lebat yang mencurah-curah petang itu telah membawa satu tragedi yang bagi aku hampir-hampir membawa musibah yang besar. Hujan lebat yang berterusan telah menyebabkan satu pokok balak terbalik dan menimpa surau yang kami gunakan untuk solat. Masih aku ingat ketika itu, usai saja solat isyak satu bunyi yang menggerunkan tiba-tiba menyerang bumbung surau tersebut. Kemudiannya, keadaan menjadi gelap gelita dengan aku dan semua kawanku tertunduk dan terdiam. Rupa-rupanya bumbung surau tersebut telah runtuh. Lebih malang apabila ada antara kawan aku yang ditimpa kipas syiling yang turut jatuh, dan terpaksa diminta bantuan untuk rawatan. Begitulah cebisan sejarah hidupku di Bukit Gantang dan mungkin sekali lagi Bukit Gantang akan menjadi sejarah untuk seluruh rakyat Malaysia pada 7 April nanti.





Baru-baru ini, 29 Mac 09 berlangsungnya penamaan calon bagi PRK P059. Aku terpanggil untuk melihat dan merasai kemeriahan penamaan calon tersebut. Jaraknya yang hanya lebih kurang 60km dari rumahku membuatkan ku semakin terpanggil dengan panggilan bukit. Lagi pun, orang jauh pun boleh join, tak kan orang dekat tak boleh kot.

Walaupun aku sampai agak lewat. Aku tetap rasai kepuasan kerana aku dapat rasai sendiri suasana hari tersebut. Seperti yang dijangka, penamaan calon di sini memang meriah. Tengoklah gambar-gambar yang sempat aku ambil.

video