CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday 25 May 2009

Penentu status aku…

Kursus Semasa Cuti Panjang KSCP kali ini amat berbeza dengan KSCP aku sebelum-sebelum ini. Sebelum ni, dua tahun berturut-turut aku telah mengambil KSCP iaitu pada tahun dua, dan tahun 3. Maka kali ini meruoakan tahun ketiga berturut-turut aku mengambil KSCP.

Mengapa KSCP kali ini begitu penting bagiku?

Jawapannya, kerana ia akan menentukan status aku lepas ini sama ada terus bujang atau…eh, silap. Kerana KSCP ini akan tentukan sama ada aku akan extend atau aku akan konvokasion tahun ini.

Pemisah antara graduate dengan extend hanyalah pada satu ‘paper’, iaitu paper ZCT 210, Persamaan Pembezaan dan Analisis Kompleks namanya, iaitu salah satu killer paper bagi pelajar-pelajar Sains Fizik.

Bak kata Dr Azlan Abdul Aziz, paper yang memegang rekod paling ramai pelajar gagal di USM.

Walaubagaiman pun,ada orang lain boleh, kenapa aku tak boleh??

Mudah-mudahan aku diberikan kekuatan oleh Allah untuk study paper ni dengan tenang dan tidak mudah putus asa walaupun aku pun tak tahu siapa lagi yang turut sama mengambil KSCP bersama dengan aku kali ini.

Kalau aku tak berjaya juga kali ini, alamatnya kawan-kawan, kita jumpa lagi semester depan.

Kepada kawan-kawan lain yang ambil KSCP juga, Selamat Maju Jaya…



P/S: Kepada sahabat-sahabat yang mengetahui ada kawan-kawan sahabat yang ambil juga paper ni, boleh lah inform kepada ana ya..
Syukran…

Hilton Bakti Permai
1.30 a.m
24.5.09

7 comments:

ibnu Sharom said...

rileks uhsan kita sama-sama berjuang untuk KSCP nie....
Mungkin Lepas ini kita boleh majukan dengan penubuhan kelab KSCP.
Nta pengerusi ana biro makan..
hahaha

mashitah izzati said...

ALL THE BEST EN IHSAN
SEMOGA ALLAH MUDAHKAN URUSAN

Bro said...

salam ustaz, boleh ustaz ana yakin dalam waktu ni..selain untuk menukar status nta kepada konvo bulan ni..boleh juga sambil2 tu untuk tukar status bujang kepada berkahwin..hheehe
semoga berjaya ustaz..klu jd konvo ada la alasan ana utk ke penang nnti..hehe

kinah said...

gud luck na ckgu ihsan...

Anonymous said...

Salam..All da best..

ihsan said...

Tq sahabat for your support..

asmaradana..... said...

hg bg fail dah la... sem dpn bleh hg dok lg kt usm tercinta 2.... hg kn sayang usm???