Teringat satu ketika dulu, masa tu tahun 1996. Aku baru darjah 4 B di SK Seri Kerian Parit Buntar. Ketike seorang cikgu praktikal membuat sesi taaruf di kelas ku, antara soalan yang ditanya masa itu ialah cita-cita. Aku yang ketika itu mengatakan cita-citaku adalah seorang guru telah dijemput khas ke depan kelas untuk membuat sedikit ucapan. Terketar aku dibuatnya. Maklum la masa tu, mana lah aku reti cakap di depan kelas. Bising kat belakang aku boleh la..
Hm, tapi tu cerita 13 tahun lalu. Sekarang ni memang aku dah jadi cikgu. Tak payah dijemput ke depan pun memang aku dah tau, kerja ku di depan kelas.
Seronok jadi cikgu ni (baru praktikal). Aku terasa ramai adik. Nak buat camana. Cikgu pun muda lagi. Anak murid pulak sebaya dengan adik-adik aku. Masa praktikal ni, anak murid aku semua Tingkatan 4. Aku kena mengajar 2 kelas. Satu kelas 4 Sains, dan satu lagi kelas 4 Ekonomi Rumah Tangga (ERT). Kelas 4 ERT semua perempuan. Kelas 4 Sains pulak, pelajar terpilih ja layak masuk kelas ni. Kat sekolah aku ni, kelas satu ni ja. Jadi Alhamdulillah, semua anak murid aku baik-baik. Tak dak yang terlampau nakal. Nakal sikit-sikit biasa.
Untuk kelas 4 Sains, aku ngajar Fizik. Kelas 4 ERT plak, aku ngajar Sains. Baru-baru ni ada test. Ujian Selaras peringkat sekolah. Berdebar jugak aku nak tengok jawapan anak-anak murid aku ni. Sebab bagi aku, kalau ramai yang gagal, bererti aku jugak gagal mengajar. Tambah pula soalan Fizik bagi aku soalannya agak susah bagi tahap anak murid aku yang baru nak kenal Fizik. Excited jugak aku nak semak kertas jawapan diorang. Untuk subjek Fizik, aku ada buat tawaran kt students aku. “Sapa yang dapat A, saya belanja”, kataku sebelum mereka mula menjawab kertas soalan.
Apabila disemak, Alhamdulillah semua lulus kecuali sorang. Tu pun sebab minggu test tu dia sibuk dengan olahraga. 4 hari dia tak dapat jawab test sebab dah jadi wakil sekolah lompat jauh. Tak sempat nak study katanya. Dan ada seorang lagi yang dapat A. So, kena la aku belanja yang sorang ni. Mulanya, aku ingat nak belanja depa makan kalau dapat A. Tapi dah sorang ja, aku rasa pelik pulak kalau nak belanja dia makan sorang2. Perempuan pulak tu. Jadi, aku tukar menu, aku tukar rancangan nak belanja buku latihan Fizik. Boleh jugak jadi makanan untuk jangka panjang.
Tentang pencapaian keseluruhan depa, majority dapat dalam linkungan 30 ke 50 peratus. Nak kata bagus pun tak jugak, nak kata teruk pun tak jugak so, aku bagi semangat bahawa depa mampu capai A untuk Fizik dalam SPM nanti. Sebab bagi aku, semangat belajar depa memang bagus. Tak masalah tidur dalam kelas.
“Kepuasan seorang guru adalah apabila melihat anak muridnya berjaya”, kata seorang guru senior kepadaku. Mungkin aku jugak boleh rasa cam tu kalau anak didik Fizik aku ni boleh dapat A dalam SPM nanti. Sebab aku la yg mula-mula mencorak