CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday 4 June 2010

Hebat gila sekolah ni..Cikgu dapat 20 cucu..

KUALA TERENGGANU: Mengejutkan apabila empat pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di daerah ini melahirkan anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelaki masing-masing sejak pertengahan tahun lalu.

Sekadar hiasan

Difahamkan pelajar perempuan berkenaan yang terjebak dengan gejala sosial belajar di tingkatan tiga dan enam melahirkan anak di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak April tahun lalu. Dalam kes terbaru, seorang pelajar tingkatan tiga pula melahirkan seorang bayi lelaki di HSNZ, Ahad lalu. Harian Metro difahamkan 16 lagi pelajar perempuan sekolah itu kini disahkan mengandung anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelaki termasuk rakan sekelas mereka.

Lantaran kes memalukan itu, ramai pihak termasuk ibu bapa pelajar terbabit dikatakan cuba menyembunyikan kelahiran berkenaan tetapi ia bocor apabila seorang pelajar mendedahkannya kepada Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, baru-baru ini.


Gambar hiasan

Berikutan itu, PIBG mengadakan mesyuarat tergempar malam kelmarin bagi membincang masalah itu tetapi pengetua sekolah berkenaan tidak hadir dalam mesyuarat itu.


Seorang ahli jawatankuasa PIBG sekolah terbabit yang enggan namanya disiarkan berkata pihak sekolah hanya mengetahui perkara itu selepas seorang pelajar melahirkan anaknya, baru-baru ini.

Katanya, dalam usaha menyembunyikan kejadian memalukan itu, seorang daripada pelajar terbabit sanggup membuat permohonan bertukar ke sebuah sekolah menengah di Setiu selepas mengetahui dia mengandung enam bulan. Bagaimanapun, katanya usaha pelajar itu berpindah sekolah tidak berhasil kerana bapa saudaranya yang tinggal di daerah berkenaan enggan menerimanya tinggal bersama kerana mengetahui dia mengandung anak luar nikah. “Pelajar berkenaan tiada pilihan dan melahirkan seorang anak lelaki pada 26 April lalu. Tidak tahan menanggung malu, pelajar berkenaan kini bertukar ke sebuah sekolah lain di daerah ini dan akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) September ini,” katanya.


Gambar hiasan


Sumber: Harian Metro, 3 Jun 2010, Khamis.

Komen: Memang hebat la budak-budak sekolah ni. Tapi tak la sekolah mana sebab di rahsiakan.

4 orang dah beranak tambah 16 orang tengah mengandung. Jumlahnya 20, maknanya 20 darab 2 sama dengan 40 orang yang berzina. masya Allah tabarakallah. Ni yang nampak hasil. Berapa banyak la pula yang berzina Allah belum tunjukkan hasil.

Kesimpulannya, berapa banyak la budak-sana berzina. Tu baru budak-budak kat situ. Belum campur dengan budak-budak kat lain pula. Memang zina dah berleluasa la sekarang ni.

Gambar hiasan

Jangan sampai Allah turunkan bala kat kita, walaupun memang kita dah ada bala yang Allah dah turunkan, antaranya harga barang makin dok mahal. Hidup makin tersepit dan lain-lain lagi yang kita tak perasan.

Semoga kita, keluarga kita dan orang sekeling kita di jauhkan dari perbuatan zina ini. Dan supaya budak-budak dalam cerita berkenaan diberikan hidayah Allah.

Na'uzubillahi min zalik.

0 comments: