CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday 31 May 2010

29 Mei 1435 dalam sejarah umat Islam

Tanggal keramat yang seharusnya diingati oleh umat Islam, 29 Mei 1435 masihi.
Kira-kira 575 tahun lalu, Umat Islam telah berjaya membuka Kota Konstantinopel.

Dengan semangat jihad yang ditunjukkan oleh 200,000 tentera di bawah pimpinan Sultan Muhammad al Fateh, kota penting Kristian Protestan ini telah berjaya ditewaskan.



"Kota Konstantinopel hanya akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik, dan rakyat yang baik."

Itulah hadis nabi yang telah diucapkan oleh Rasulullah semasa pihak kaum muslimin di Madinah sedang menghadapi serangan dari pihak Ahzab lebih kurang 800 tahun sebelum berlakunya kemenangan ke atas Kota Konstantinopel tersebut.

Sultan Muhammad Al Fateh telah ditabalkan sebagai Sultan ke 7 kerajaan Uthmaniyah ketika berusia 19 tahun. Sejurus sahaja diangkat menjadi Sultan, beliau terus mengatur langkah dan menyusun strategi dalam misi menyahut seruan hadis nabi tersebut. Pelbagai strategi telah beliau atur.

Setelah menghadapi pelbagai dugaan dan kepayahan dalam serangan yang dilakukan, akhirnya tentera di bawah pimpinan beliau telah berjaya beroleh kemenangan dengan izin Allah.

Peta Lokasi Konstantinopel

Sultan Muhammad telah menukar nama konstantinopel kepada Istanbul yang membawa maksud Islam keseluruhan.

Setelah misi ini berjaya, beliau meneruskan misi meluaskan kawasan pemerintahan Islamnya ke negara-negara Eropah. Beliau telah berjaya menakluk Hungary, Poland, jerman, Serbia, sebahagian Itali dan banyak lagi kawasan lain.

Akhirnya Sultan Muhammad al Fateh telah mangkat semasa dalam perjalanan menakluk kota Rom, kota suci Kristian katolik. Kemangkatan beliau sama nasib dengan Khalifah Umar Abdul Aziz. Iaitu mati diracun.

Baca lah buku ni, buku sejarah Penaklukan Konstantinopel keluaran PTS

Sultan Muhammad telah diracun oleh doktor peribadi beliau sendiri iaitu Maesto Jakapo seorang yahudi yang berpura-pura Islam pada 3 Mei 1481 M ketika berumur 49 tahun.

P/s: sejarah adalah untuk mengenal asal usul. Mengenal kehebatan dan keagungan tamadun berasaskan agama. Tetapi tidak menjamin kemenangan hari ini. Dalam masa yang sama InsyaAllah sejarah mampu berulang jika diambil teladan dan ibrah dari sejarah

Hari ini umat Islam patut bersedih dengan kejadian serangan Israel ke atas kapal Turki yang membawa bantuan ke Semenanjung Gaza bersama-sama dengan beratus-ratus aktivis kemanusiaan. Kesialan Zionis Israel memang semakin menjadi-jadi.

Sama-sama kita doakan semoga Allah selamatkan misi bantuan ke gaza tersebut. kita buat juga solat hajat untuk mereka. Mudah-mudahan Allah menghantar tenteranya menghancurkan Israel..

0 comments: