CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday 22 April 2010

Apa la nak jadi dengan budak-budak la ni???

Di sekolah tadi, lebih kurang jam 3 petang, aku sempat membelek-belek surat khabar setelah baru pulang dari Kulim. Aku ke Kulim untuk membawa pemain-pemain takraw sekolah ke Pertandingan MSSD Kulim Bandar Baru. Tahniah kepada pemain-pemain sekolah aku yang tewas dalm perlawanan pertama mereka. Tambah memalukan, tewas kepada pemain SMK Padang Serai yang pemain mereka berbangsa India!! Huahua..

Dua tahun lepas SMK Lubok Buntar adalah juara sepak takraw Daerah Kulim Bandar Baru ni.

Inilah kali pertama aku tengok budak-budak India main takraw. Bila la budak-budak Cina pulak nak main takraw ni??


SMK Lubok Buntar vs SMK Padang Serai (dua daripada 3 pemain mereka berbangsa India)

Berbalik kepada cerita asal.

Sungguh menyayat hati apabila aku terbaca satu berita di muka depan Berita Harian. Bertambah menyedihkan apabila mendapati pelaku jenayah tersebut baru Tingkatan 2. mangsa juga baru Tingkatan 2. Tapi telah disahkan mengandung sebulan. Apa lah malang nasib budak perempuan tu.

Pendidikan Seks sebagai penyelesaian??

Perkara pertama yang perlu ditimbulkan apabila ada yang mencadangkan subjek Pendidikan Seks diajar adalah apakah modul atau silibuus yang nak diajar?? Adakah untuk mengajar bahawa hubungan seks itu akan melahirkan anak?? (ada menteri kata budak-budak yang berzina ni depa tak tau yang depa boleh mengandung). Aku pun tertanya-tanya apa yang pencadang-pencadang ni fikirkan...

Dalam satu kuliah yang aku pernah ikuti, aku tertarik dengan persoalan yang ditimbulkan beliau. "Apa yang cikgu nak lukis kat papan hitam??". Satu soalan yang baik dari ustaz tersebut.

Pada hal, banyak subjek-subjek sebenarnya yang sedang di ajar di sekolah pada hari ini telah menjurus ke arah perkara tersebut. Subjek Sains dengan Tajuk yang paling terkenal iaitu "Reproductive System", dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan banyak lagi sebenarnya.

Punca Utama

Pada pendapat peribadi aku, punca yang paling besar yang menyumbang kepada perkara-perkara sebegini adalah keruntuhan sistem kekeluargaan. Ibu bapa sibuk mencari wang tanpa menyedari bahawa anak-anak mereka memerlukan makanan jiwa, makanan mental dan paling penting rohani dan emosi. Ramai dalam kalangan ibu bapa kini mengabaikan soal pendidikan atau terbiyah anak-anak.

Sebenarnya, remaja-remaja pada hari ini jarang sekali kita boleh jumpa yang solat mereka lengkap. Majoritinya melihat seolah-olah solat bukan perkara utama dalam hidup. Jika ditanya dalam kelas, berapa ramai yang solat Subuh sebelum datang ke sekolah, jawapannya amat mengecewakan. Pasti kurang dari separuh.
Malah ada kelas yang hanya seorang dua saja yang mendirikan solat.

Dewasa ini, penularnya gambar-gambar dan video lucah menambah parah penyakit remaja hari ini. Begitu mudah sekali mereka boleh mendapatkan 'benda-benda' tersebut. Dengan sebab wujudnya perkara-perkara inilah yang secara tidak langsung merosakkan mental mereka. Video lucah inilah yang telah menjadi 'guru pendidikan seks' mereka. Jika tidak, masakan umur 11 dan 12 tahun pun sudah ada yang terlibat dalam kes rogol begini.

Berita boleh baca kat bawah...

Di bawah ini telah disertakan berita yang menyayat hati berikut.

Pensel dalam kemaluan mangsa rogol
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@bharian.com.my
2010/04/22

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua sebuah sekolah di Rawang yang dirogol rakan sekelasnya dalam bilik darjah, minggu lalu, bukan saja disahkan sudah mengandung sebulan, malah sebatang pensel sepanjang empat sentimeter turut ditemui dalam kemaluannya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan, berkata berdasarkan hasil laporan pemeriksaan hospital yang diterima semalam, polis percaya mangsa sudah lama dijadikan bahan pemuas nafsu beberapa pelajar serta didera sewaktu diperkosa.
“Kes ini disiasat secara menyeluruh kerana mangsa yang tinggal di sebuah rumah kebajikan di Rawang, bukan saja dirogol ketika waktu persekolahan, malah didera,” katanya kepada pemberita di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.35 petang, 13 April lalu, pelajar itu yang bersendirian dalam kelas, dikatakan dirogol seorang rakan sekelasnya manakala beberapa lagi pelajar lelaki mengepung mangsa bagi mengelak insiden itu disedari pelajar lain termasuk guru.

Mangsa hanya memberitahu mengenai kejadian itu kepada seorang kakitangan di rumah kebajikan berkenaan, Ahad lalu sebelum membuat laporan di Balai Polis Rawang pada hari sama.

Rosly berkata, sebaik menerima laporan itu, mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan, manakala suspek ditahan di sekolahnya pada keesokannya.

“Siasatan awal mendapati mangsa sudah banyak kali dirogol suspek sejak beberapa bulan lalu. Kita percaya mangsa turut diperkosa lebih daripada seorang pelajar.
“Namun, mangsa takut untuk membuat laporan kerana dipercayai diugut suspek yang akan bertindak lebih teruk sekiranya perkara itu didedahkan,” katanya.

Beliau berkata, polis akan mengambil keterangan beberapa pelajar yang dipercayai bersubahat dalam kejadian itu.


Sekolah apa la ni?? Kat mana la guru-guru mereka pada waktu ini??

Ni satu lagi berita.. Harian Metro 8 Mac 2010.. baca..!!

BUDAK 11 dan 12 tahun ROGOL SEPUPU


KUALA TERENGGANU: Mereka baru berusia 11 dan 12 tahun, namun pendedahan seks melampau menyebabkan dua beradik itu layak digelar perogol junior apabila tergamak menjadikan sepupu berusia lapan tahun sebagai tempat memuaskan nafsu mereka.

Dorongan kuat melakukan seks memaksa pasangan adik-beradik yang masih bersekolah di tahun lima dan enam itu bertindak berani apabila melakukan hubungan terlarang di atas katil dalam sebuah bilik di rumah nenek mereka di Manir, di sini.

Difahamkan, sebelum melakukan hubungan seks, pasangan perogol junior itu bijak memasang jerat bagi menaikkan nafsu mangsa apabila mengajaknya menonton video lucah sebelum melakonkan semula adegan panas dalam bilik berkenaan. Ketika kejadian, ibu dan bapa mangsa serta neneknya tiada di rumah ketika kejadian pada jam 2.30 petang Selasa lalu.


Sebaik selesai menonton video lucah itu, kedua-dua suspek tidak sabar menggayakan aksi panas dalam video berkenaan dan memulakan adegan apabila melakukan seks oral terhadap mangsa.


“Mangsa yang mematuhi arahan dua suspek terbabit bagaikan ‘dipukau’ apabila mengikut kehendak suspek.


“Mangsa disuruh menanggalkan pakaian sebelum pasangan adik-beradik terbabit merogolnya bergilir-gilir,” katanya.

Sumber polis berkata, penderitaan mangsa selepas menjadi habuan seks sepupu sendiri sejak 2008 lalu bagaimanapun berakhir apabila kedua-dua suspek ditahan selepas perlakuan mereka terbongkar.


Katanya, suspek ditahan di rumah neneknya pada jam 7.30 pagi Jumaat lalu selepas bapa mangsa yang tinggal di kuarters kakitangan kerajaan di bandar ini membuat laporan di Balai Polis Manir pada jam 9.15 malam, dua hari selepas mangsa dirogol.


Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini untuk pemeriksaan lanjut.


“Kedua-dua suspek ditahan reman dua hari di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol sebelum mendapat perintah tambahan reman selama satu hari bermula semalam,” katanya. -HM



Maaf andai artikel post kali ni ada unsur-unsur lucah. Tapi, itulah realiti, dunia tanah air hari ni penuh kelucahan..