CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday 20 March 2010

Yahoo..esok dah sekolah!!!!

Seminggu lebih aku becuti. Aku merasakan cuti aku kali ni lebih dari cuti pelajar-pelajar aku di sekolah. Aku cuti sakan.

Mana taknya. Malam Khamis terakhir sebelum cuti sek hari tu, terus aku pergi USM. Lepas tu, ke sana ke sini aku pergi. Kenduri, urusan kelurga, program, jumpa kawan-kawan dan macam-macam lagi.

Di rumah pulak,aku mengambil kesempatan menonton filem-filem yang bagi ku mempunyai mesej-mesej yang baik. Ketika Cinta Bertasbih, dan Laskar Pelangi. Jika waktu-waktu tak cuti. Jangan harap la aku sempat nak tengok movie-movie ni.


Kepada yang cekap Math, cuba cek, betul ke salah..

Selain itu, aku juga sempat untuk menelaah tentang Iluminati yang sedang hangat di perkatakan oleh sahabat-sahabat kampus. Aku sempat juga untuk menonton rakaman Ceramah Ust Syaari tentang Konspirasi 2012. Sangat berguna rakaman yang Hisyam buat tu.

Hari ni pula, tengah hari tadi aku sempat berada di Penang. Petang di Usm Transkrian.Aku sama-sama menyibukkan diri meraikan kawan-kawan konvo.

Memang letih aku dibuatnya cuti ni. Sedar-sedar esok dah buka sekolah. Banyak lagi kerja aku yang tak sempat nak diselesaikan masa cuti ni. 25 Mac ni aku ada interview SPP pulak. Untuk konfemkan pekerjaan aku ni.

Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan. Amin..

Thursday 4 March 2010

KEMBARA MASHOOR II

Hari ini 4 Mac 2010. Tiada yang istimewa pada tarikh ini. Cuma ia pernah meninggalkan satu kenangan dalam hidupku.

TERKENANG SUATU MASA DULU

Tepat 7 tahun lalu, pada tanggal 4 Mac 2003, aku berada di Terengganu. Pada waktu itu, aku masih di Tingkatan 5. Keberadaan aku di Terengganu ketika itu kerana mengikuti satu rombongan yang disertai oleh kepimpinan asrama SMKA Al-Mashoor (L) yang dinamakan sebagai KEMBARA MASHOOR II PENANG – TERENGGANU. Lebih kurang 40 pelajar Tingkatan 5 menyertai kembara tersebut dengan sebuah bas yang tertera nama sekolah ku.

Kembara ini adalah susulan dari KEMBARA MASHOOR PENANG – LANGKAWI yang diadakan pada tahun sebelumnya yang turut aku sertai.

Kembara kami sebenarnya bermula 3 Mac dan berakhir pada 5 Mac 2003. Pengembaraan tersebut boleh ku katakan antara kenangan yang tak dapat kulupakan sepanjang bergelar pelajar Al Mashoor. Memang sangat menyeronokkan kerana semua peserta hanya dikenakan bayaran RM 10 sepanjang tempoh kembara kami, dengan dibekalkan t-shirt pula.

Kembara kami diuruskan oleh Cikgu Khairul Anuar dan turut disertai oleh pengetua sekolah yang hebat iaitu Tuan Haji Ramli Shafie yang sekarang ni sudah pencen dan menjadi pendakwah bebas di sekitar Kedah.



Antara tempat menarik yang kami lawati adalah Muzium Terengganu. Iaitu muzium yang terbesar di Malaysia. Selain itu ialah Hutan Lipur Sekayu.

Tempat yang paling diingati sepanjang lawatan ialah berkhemah di pinggir Tasik Kenyir. Perjalanan kami ke tapak perkhemahan tersebut menaiki bot yang dipandu oleh seorang mak cik. Pengetua yang menaiki bot yang sama dengan aku meluahkan rasa kagum beliau dengan kehebatan wanita tua tersebut yang cekap membawa bot. Lebih mengharukan memandu sambil mulut terkumat-kamit berzikir.

Bot kami meredah permukaan Tasik Kenyir melintasi batang-batang pokok mati yang entah berapa meter jaraknya dengan akarnya yang berada di dasar tasik. Teringatkan kedalaman tasik tersebut pasti lahir perasaan seriau dalam diri.

Tempat perkhemahan kami adalah di salah satu air terjun yang mengalirkan airnya terus ke tasik kenyir. Tempat tersebut memang tiada bekalan elektrik. Mujur disediakan tandas dan air untuk memudahkan urusan yang penting. Hanya kumpulan kami sahaja yang berkhemah di situ pada waktu itu.



Pada waktu malam yang gelap gelita, pengetua dan rakan-rakan yang membawa joran memenuhkan masa dengan memancing. Tapi tak banyak ikan yang dapat pada malam tersebut.

Keesokan paginya, masa dipenuhi dengan aktiviti air. Ada yang melakukan aktiviti lasak dan ada yang hanya mandi-manda di tempat yang selamat sahaja.

TAK SEMUANYA INDAH

Tapi, Kembara Mashoor II yang dapat dilaksanakan dengan selamat ini bukan semuanya indah. Sebenarnya, ramai rakan asrama dan bukan asrama yang tak terpilih untuk menyertai kembara ini begitu cemburu pada kami.

Kami yang baru pulang diboikot beberapa hari oleh rakan-rakan yang sama tongkatan. Ada juga yang telah menggubal sebuah lagu khas yang penuh dengan caci-maki kepada ahli rombongan.

Namun semuanya aku sudah jangkakan lebih awal. Perpecahan di kalangan tingkatan lima batch aku sangat ketara. Entah mengapa, majority pelajar yang bukan pengawas sangat membenci pelajar-pelajar yang telah terpilih menjadi pengawas dan Badan Tertinggi Pelajar (BTP).


Tingkatan 5 Al Mashoor (L) SPM 2003 di bilik Prep

Walaupun aku bukan lah pengawas ataupun BTP, tapi aku yang baik dengan rakan-rakan BTP dapat memahami penderitaan jiwa yang sahabat-sahabat aku rasai. Sudahlah kerja bertimbun. Tidak mendapat sokongan kawan-kawan yang lain pula. Malah dibenci pula.

Perpecahan inilah yang menyebabkan aku tidak merasai nikmat ukhuwwah sepanjang menjadi pelajar Mashoor suatu ketika dulu.

PERSPEKTIF SEORANG GURU

Setelah aku menjadi guru, aku merasakan kembara aku 7 tahun lalu bukan suatu yang mudah untuk dilaksanakan. Bukan mudah untuk merancang suatu perjalanan jauh ke tempat yang boleh dianggap tidak selamat. Aku rasa, jika kembara tersebut dirancang pada tahun ini dan seterusnya, pasti tak diluluskan atas alasan keselamatan.

Kedua, aku tabik pada pengetua aku tu. Bukan semua pengetua boleh buat macam Ustaz Ramli buat dulu. Bersama-sama dengan pelajar selama 3 hari 2 malam tanpa membawa anak isteri. Malah dapat bermesra-mesra dengan pelajar dengan bercerita banyak perkara yang menarik. Beliau yang mahir dalam pelbagai bidang memang sangat menimbulkan kekagumanku.

Demikian coretanku kali ni. Sekadar teringat.

Parit Buntar,
Khamis
11.41 pm