CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday 7 January 2010

PELIK BIN AJAIB

Setahun lalu, kampung sebelah taman perumahan aku gempar dengan kehilangan enjin motosikal di dua buah rumah dalam tempoh beberapa malam.
Aku merasa pelik bin ajaib jugak dengan peristiwa yang diceritakan oleh bapa saudara aku dulu. “Hebat gila penyamun la ni, tak dapat curi moto, enjin pun jadi”. Kehebatan penyamun tersebut boleh diiktiraf sebagai penyamun yang cekap sebab mampu mengeluarkan enjin motosikal di rumah orang.

Semakin lama peristiwa itu terjadi, tidak terdengar lagi kisah kehilangan enjin motosikal. Yang kedengaran saban hari adalah kehilangan motosikal.

Tetapi, apabila tiba di akhir tahun 2009, seluruh Negara gempar dengan kehilangan enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Bukan satu, tetapi dua. Setiap satunya berharga RM 50,000,000 (lima puluh juta ringgit sahaja). Maknanya, kehilangan RM100,000,000 duit rakyat dalam sekelip mata.

Enjin yang hilang tersebut dilaporkan oleh PDRM telah berada di Amerika Selatan.
Bertambah ajaib dan musykilnya peristiwa yang berlaku ini yang berlaku pada tahun 2007 baru disedari tahun ini. Bermacam-macam persoalan yang boleh ditimbulkan dengan kes ini. Hatta, percuri-pencuri di seluruh Negara juga mungkin garu kepala dengan kehilangan milik Negara ini.

Peristiwa ini sangat menghodohkan nama Negara.
Isu ini telah disindir dunia antaranya dalam New Straits Times Singapura yang menceritakan bahawa “seluruh unta-unta di seluruh dunia ketawa terbahak-bahak apabila terdengar berita kehilangan dua enjin jet pejuang milik tentera Malaysia”.
Aku pun tidak hairan lagi dengan kehilangan dua buah enjin motosikal yang berlaku dulu. Enjin jet pejuang pun boleh hilang. Malah dikatakan tentera berpangkat rendah yang mencurinya.

0 comments: