CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday 21 December 2009

CUTI-CUTI MALAYSIA

Sempena dengan musim cuti sekolah kali ni, aku diberi kesempatan dan peluang untuk menjelajah beberapa tempat di Semenanjung bersama dengan keluarga, atau pun sahabat dan juga atas urusan kerja. Peluang ini kurasakan sangat bernilai di saat cuti aku masih 'free' tanpa apa-apa bebanan kerja ataupun bebanan dan tanggungjawab-tanggung jawab lain. Aku mengambil semua peluang ini dengan menyertainya walaupun aku boleh memilih untuk mengatakan 'tak nak pergi'.

11.12.2009 – 13.12.2009
Taman Negeri Bukit Panchor, Nibong Tebal (Berkhemah)
Menjadi fasilitator dalam Perkhemahan Aulad dan Syabab Pulau Pinang.

Taman Negeri Bukit Panchor

13.12.2009
– (2.00 petang) bertolak ke Cherating,Pahang
- (10.00 malam) Tiba di Cherating (bermalam di Residence Inn)

Pantai Cherating (sekadar hiasan)

14.12.2009
– (2.00 petang) bertolak ke Kuala Lumpur
- (7.00 petang) Tiba di KL (bermalam di Vistana)

15.12.2009
– Ke Putrajaya
Melawat Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi) dan kawasan sekitar.
- (11.15 pagi) bertolak pulang ke rumah (Parit Buntar).

16.12.2009
– (6.30 petang) bertolak ke Kuala Perlis dari rumah.
- (9.00 malam) Tiba di Kuala Perlis (bermalam di Putra Brasmana)

17.12.2009
- (10.00 pagi) feri ke Langkawi
- (1.00 tghari) Tiba di Seaview Langkawi
Orang terlalu ramai di Langkawi. HInggakan kereta untuk disewa habis ditempah.
Pengangkutan yang boleh digunakan hanyalah teksi.
-(6.00 petang) Siaran Langsung perlawanan bola sepak Malaysia VS Vietnam dengan kemenangan berpihak kepada Malaysia.
- 7.10 petang- Ketibaan Tahun Baru 1431Hijriah

Salah satu dari gugusan Kepulauan Langkawi (sekadar hiasan)

18.12.2009
– (11.00pagi) feri ke Kuala Perlis
- (1.00 petang) Solat Jumaat dan bersiar-siar dan ziarah Perlis
- (5.00 petang) bertolak pulang ke Parit Buntar
- (8.00 malam) Tiba di rumah.
- (10.00 malam) Bertolak ke Selangor

19.12.2009
– (2.30 pagi) tiba di Restoran Jejantas Sungai Buloh (tidur dalam kereta)
- (6.30 pagi) Bertolak mencari tempat program di Batu Caves
- (9.00 pagi) Tiba di tempat program (Program Alumni PAMIUSM)
- (3.00 ptg) bergerak ke Lembah Pantai setelah program tamat.
- (4.30 ptg) Tiba di kenduri sahabat (Sakinah dan Samawi)
- (7.00 ptg) Tiba di Bangi (rumah Fareed) dan bermalam di situ

20.12.2009
- (5.15 pagi) bertolak pulang
- (10.15 pagi) Tiba di rumah

Alhamdulillah, satu perjalanan panjang yang selamat tanpa apa-apa perkara yang tak diingini berlaku. Satu peluang mengembara di Bumi Allah yang bernama Malaysia. Walaupun lebih banyak masa yang dihabiskan dalam kenderaan mahupun dalam bilik penginapan sahaja. Tetapi peluang dan rezeki sebegini bukan selalu hadir. Sekadar perkongsian.

Kadang kala perjalanan sebegini melapangkan fikiran tetapi kelesuan fizikal dan gangguan emosi boleh juga hadir.

22.12.2009 – 24.12.2009 ni kena ‘berjalan’ lagi. Kali ni ke Kelantan. Program Lawatan Penanda Aras Asrama anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Kulim-Bandar Baru (PPDKBB). Aku telah ditugaskan bersama dengan Penolang Kanan Ko-K dan seorang guru lain mewakili sekolah aku untuk menyertai lawatan tersebut. Huh..
Kadang kala ia memenatkan. Tapi apakan daya. Ini antara permulaan tugas aku sebagai guru.

Sunday 29 November 2009

SETAHUN LALU DI KELANTAN

Rupa-rupanya dah setahun saat itu berlalu. Saat ini, genap setahun rombongan aku ke Kelantan bersama dengan teman-teman. Lebih tepat lagi dari 27-30 November 2008. Ziarah ke Kelantan berlangsung selama 4 hari 4 malam.



Perjalanan yang bagiku begitu puas dan penuh manfaat. Perjalanan yang mengikat ukhuwwah. Kembara yang membuatkan kita lebih mengenali diri sendiri dan sahabat-sahabat.

Terkenang sebelum berlangsungnya journey tersebut, aku memang ketandusan wang. Hidupku selama beberapa minggu hanya bergantung kepada duit syiling yang ku himpun sejak awal semester. Pada awalnya, memang banyak syiling 50sen. Tapi, lama kelamaan, duit 10sen yang aku usung ke kafe untuk membeli makanan.

Alhamdulillah, exam aku habis awal dan aku sempat untuk membuat servis ‘kereta sapu’ selama 4 hari. Dengan keuntungan perkhidmatan aku sebanyak RM200, aku jadikan sebagai bekalan untuk ke Kelantan.

Rombongan ini disertai 10 orang dengan menaiki sebuah van yang dipinjam dari En Chasiman. Ahli-ahli rombongan ialah aku sebagai pemandu utama, Hisyamuddin (pemandu), Ashraf (penunjuk jalan), Afzan, Sufian, Mior Azmi, Abdullah, Hamdi, Hisyam Lee,dan Hasan (adik Aminah).

Terima kasih kepada Ashraf yang telah menjadikan rumahnya sebagai tempat penginapan sepanjang ziarah berlangsung.

Rombongan yang matlamat utamanya untuk menghadiri Majlis Walimah Ghaffar dirancang juga dengan aktiviti-aktiviti sampingan yang berfaedah. Ahli rombongan sempat untuk menziarahi rumah Hisyam Lee, Adi Syahid, dan rumah Bismi.

Selain itu, kami sempat untuk bersiar-siar di KB Mall untuk mencari hadiah untuk pengantin. Kami juga berpeluang mendengar Kuliah Pagi di Jalan Dato Pati oleh Tok Guru MB.

Berpeluang melihat kegarangan ombak di Musim Tengkujuh di Pantai Bachok berdekatan rumah Bismi, dan keganasan hakisan di Pantai Sabak. Kami juga mencuri masa untuk bersiar-siar di tempat-tempat menarik di sekitar Kota Bharu.

Contohnya, Pasar Siti Khadijah untuk membeli-belah apa yang patut, Masjid Muhammadiah terus untuk solat Jumaat, Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Rantau Panjang dan beberapa lagi kawasan menarik.

Dalam perjalanan pulang, kami sempat bertandang ke rumah Ebby Saifullah yang baru beberapa bulan kehilangan ibu. Dan ketika di Baling sekitar jam 12 tengah malam, kami sempat lagi untuk ke Kolam Air Panas di Ulu Legong. Lebih kurang 1.30 pagi 1 Disember baru kami tiba di Pulau Pinang.

Huh, memang puas dan sangat menyeronokkan dengan aktiviti kembara memenuhkan cuti semester.

Tapi, peristiwa tersebut telah setahun berlalu. Mungkin keseronokan kembara bersama sahabat seperti itu tidak dapat berulang lagi dengan jumlah pesertanya sebegitu ramai.

Pada tahun ini, ada juga jemputan kenduri pada hari ini. Tapi, rombongan sebegitu memang sukar untuk direncanakan kerana kondisi semua orang telah berubah. Apatah lagi untuk dua tiga tahun akan datang.

Thursday 26 November 2009

NASIB MEREKA BERBEZA

Dua reality yang berbeza sempat aku harungi dalam dua bulan ini. Bulan Oktober yang lalu (1 Oct-23 Okt), aku sempat menabur khidmat di Sek Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU)sebagai guru ganti. Kemudian, aku telah dipostingkan di SMK Lubuk Buntar sejak 27 Oktober lalu.

Antara tugasan harian setiap guru di SRIBU ialah mengajar pelajar-pelajar belajar membaca Al Quran. Aku tak terkecuali dari melaksanakan tugas tersebut. Aku ditugaskan mengajar pelajar-pelajar kelas 2 Osman. Rata-rata pelajar di sana membaca Iqra’ 5 dan 6, tetapi ramai juga yang telah membaca Al-Quran dan yang paling cepat telah membaca Juzuk 2. Dan ada dua tiga orang yang tertinggal dengan Iqra’ 3 dan 4. Dalam jangkaanku, InsyaAllah dalam tempoh 3 atau 4 tahun akan datang, mereka mampu untuk khatam Al Quran berdasarkan kemampuan mereka yang aku dapat lihat.



Beberapa minggu yang lalu, aku juga diberi kesempatan untuk membantu Ustaz dan Ustazah di SMK Lubuk Buntar untuk membuat ujian penilaian PAFA kepada pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang telah selesai menduduki PMR. Lebih kurang 60 orang pelajar yang ada pada hari tersebut. Aku ditugaskan untuk mendengar Hafazan pelajar-pelajar bagi 10 surah terakhir dalam Al-Quran. Oleh sebab kekangan masa, aku hanya menguji 5 surah sahaja, iaitu Surah An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Masad, dan Al-Nashr. Aku sempat juga untuk bertanyakan mereka sama ada sudah Khatam atau belum. Ternyata, Hampir seluruh pelajar lelaki belum khatam tetapi sudah berhenti belajar. Ramai juga yang belum pun naik Al-Quran.

Alhamdulillah, pelajar perempuan pula lebih cemerlang prestasi mereka. Ramai yang telah khatam. Walaupun ada lagi yang belum habis.

Pelajar perempuan juga lebih baik hafalan mereka. Rata-rata semuanya mampu membaca 5 Surah Hafazan tersebut dengan lancar. Sebaliknya pelajar lelaki, hampir setiap pelajar tidak mampu menghafal kesemuanya dengan lancar. Pasti ada satu dua surah yang tersangkut. Malah, ada yang kantoi surah An-Nas. Syukur surah Al-Ikhlas semua mampu hafal.

Tapi, itulah reality yang sedang melanda masyarakat sekarang. Masyarakat kampong mengalami masalah ini dengan begitu serius. Ramai remaja di kampong yang tak mampu membaca Al-Quran. Padahal, gejala-gejala negatif begitu rancak mempengaruhi kehidupan mereka.

Semoga aku diberi kekuatan oleh Allah untuk melakukan sesuatu untuk merubah nasib mereka. Sekurang-kurangnya, aku mampu untuk mengajar mengaji kepada mereka, sepertimana aku pernah melakukan di SRIBU.

Nasib dan peluang mereka dengan pelajar SRIBU memang berbeza.

Thursday 29 October 2009

Hadiah Hari Jadi yang penuh makna!!

Pada 27 Oktober tahun lalu, jatuh pada hari Deepavali. Sahabat-sahabatku yang bertuah ada yang mendapat pengumuman cuti umum bagi birthday aku pada 27 Oktober 2008. (aku pun dah lupa sebenarnya aku buat ni, ada yang mengingatkanku kembali peristiwa tahun lalu).

Tapi pada tahun ini, 27 Oktober yang ku lalui sangat bermakna dalam hidupku. Aku secara rasminya telah mendaftarkan diriku sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Lubuk Buntar, Kedah iaitu pada usiaku genap 23 tahun.

Aku anggap pendaftaranku di sekolah ini sebagai satu hadiah hari jadi buat diriku. Pada persepsi awalku, sekolah ini merupakan tempat kerja yang kondusif. Sekolah yang terletak di kawasan kampong yang tenang ini juga mewujudkan suasana yang agak tenang di sekolah.

Sekolah ini taklah sebesar mana. Jumlah gurunya tak sampai 50 orang. Semuanya Melayu. Pelajarnya pula tak sampai 600 orang. Bilangan pelajar bukan Melayunya tak sampai 10 peratus.

Sosio ekonomi kebanyakan keluarga pelajar di sini ialah kerja kampong, sama ada di kebun atau di ladang kelapa sawit dan getah. Ia memang menggambarkan suasana kehidupan kampong penduduk-penduduk di sini.

Kawasan Lubuk Buntar agak jauh dari bandar. Bandar yang terhampir adalah Parit Buntar di Perak.

Tetapi, sedikit yang mengejutkan aku ialah fesyen rambut pelajar lelaki di sini. Hampir semua pelajar di sini mempunyai fesyen rambut yang kurang sesuai sebagai pelajar sekolah. Fesyen rambut pacak-pacak memang menjadi trend di sini, seolah-olah tiada halangan dari mana-mana pihak.

Walau bagaimanapun, aku tetap bersyukur ditempatkan di sekolah ini kerana sekolah ini tidak mempunyai masalah disiplin yang keterlaluan. Masalah paling besar hanyalah merokok dan mencuri. Tiada pergaduhan atau jenayah-jenayah yang boleh merunsingkan guru-guru dan pentadbiran.

Dengan penempatan aku di sini, aku tidak perlu lagi mencari rumah sewa. Aku mampu berulang dari rumahku. Perjalanan dari rumahku hanya mengambil masa 20 minit. Jaraknya hanya 17km sahaja. Lebih kurang perjalananku dari rumahku ke sekolah tempat aku praktikal dahulu.

Apa-apa pun, semoga Allah membantuku dalam menjadi seorang pendidik yang cemerlang di sini.

Sunday 18 October 2009

Keputusan yang melegakan..

Alhamdulillah. Keputusan penempatan guru telah pun keluar. Debaran makin berkurang. Namun masih bersisa, kerana aku belum tahu daerah mana aku bakal dicampakkan, sama ada belah selatan Thai seperti Changlun atau Bukit Kayu Hitam, mahupun Padang Terap atau kawasan dataran padi di Yan, atau di kawasan Bandar di Alor Setar, Sungai Petani atau Kulim, atau di kawasan kebun buah-buahan dan kawasan hutan di Bandar Baharu yang juga bersempadan dengan daerah rumahku. Perjalanan dari rumahku di Parit Buntar ke Bandar Baharu hanya mengambil masa kira-kira 10 minit.

Debaran sama tetap timbul untuk jenis sekolah yang bakal aku ditempatkan.

Apa pun, aku sangat bersyukur kerana telah ditempatkan di negeri Kedah Darul Aman. Segalanya aku serahkan kepada Allah kerana Allah paling mengetahui yang terbaik untuk aku.



Dengan penempatan aku di Kedah, maka lengkaplah semua negeri Utara pernah aku diami.

Aku tinggal di Perak sejak aku lahir hingga usiaku 10 tahun di Bagan Serai dan Parit Buntar. Aku pernah tinggal di negeri Pulau Pinang semenjak aku berusia 11 tahun hingga berusia 18 tahun di daerah Seberang Perai Utara di Kepala Batas dan Penaga. Aku juga pernah tinggal di negeri Perlis dari usiaku 18 tahun hingga 20 tahun iaitu sejak 2004-2006 di Jejawi. Kemudian, kembali ke Perak hingga sekarang.

Dengan penempatan aku di Kedah juga bermakna loghat Utara yang menjadi bahasa pertuturan harian aku akan kekal InsyaAllah.

Penempatan aku di Kedah, aku pun belum merancang sehingga bila.

“Ya Allah, Kau mengetahui segala yang terbaik buat diriku. Kau permudahkanlah segala urusanku dan Kau bantulah diriku yang lemah dan hina ini dalam menghadapi segala ujian dan rintangan dalam hidup ini”.

Friday 16 October 2009

Debaran Posting

Ke mana aku selepas ini?

Debaran posting begitu mengasak jiwa. Aku sendiri pun tak pasti, ke mana aku selepas ini. Adakah masih di negeri Utara, atau tercampak ke Lembah Kelang atau selatan tanah air.

Sepanjang tempoh pengajian aku sejak tadika hinggalah ke peringkat universiti, semuanya di negeri utara. Sungguh tak sabar untuk aku menunggu 16 Oktober untuk menyemak keputusan penempatanku.

Ku kira, ramai kawan-kawan aku yang sedang bergembira kerana akan ditempatkan di negeri pilihan mereka. Mereka sudah boleh untuk menyusun strategi dan memikirkan siapa-siapa yang boleh dihubungi untuk memudahkan urusan tempat tinggal dan sebagainya.

Aku pula masih ternanti-nanti jawapan.

Negeri pilihanku hari tu Kedah dan Pulau Pinang. Huh, aku pun tak pasti boleh dapat ke tidak di negeri pilihanku itu.

Walaupun, aku sebenarnya bersedia untuk dicampakkan ke mana-mana.Aku tak kisah jika ditempatkan di Sabah atau Sarawak. Bagiku, setiap tempat, pasti ada cabarannya tersendiri. Hatta di sekolah mana pun aku berada, pasti cabarannya takkan sama.

Ini kerana manusia di setiap tempat itu berbeza-beza. Sudah tentu perangai dan ragamnya juga berbeza. Ya, ragam manusia adalah cabaran paling besar walau di mana jua kita berada. Maka dengan itu, pengalaman yang ditimba pasti berbeza.

Oleh itu, aku sangat bersetuju dengan pepatah Melayu yang mengatakan ‘Jauh perjalanan luas pemandangan’. Mungkin ini lah juga erti Kembara Kehidupan.


Tempat Kembaraku dalam perjuangan menuntut ilmu sebelum ini..

1. Sekolah Kebangsaan Bagan Serai, Perak
Tahun 1 Merah – 1993

2. Sekolah Kebangsaan Matang Gerdu, Bagan Serai
Tahun 2 Hijau – semester 1/1994

3. Sekolah Kebangsaan Seri Kerian, Parit Buntar, Perak
Tahun 2 Hijau – semester 2 /1994
Tahun 3 Hijau – 1995
Tahun 4 Biru – 1996
Tahun 5 Hijau – hingga bulan Feb 1997

4. Sekolah Kebangsaan Ara Rendang, Kepala Batas, Pulau Pinang
Tahun 5 Hijau – Feb – akhir 1997

5. Sekolah Kebangsaan Penaga, Pulau Pinang
Tahun 6 Yakin – 1998 (UPSR)

6. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al Mashoor (Lelaki)
Tingkatan 1 hingga 5

7. Pusat GIAT MARA Pongsu Seribu
Januari – April 2004

8. Kolej Matrikulasi Kedah
Mei 2004 – April 2005

9. Universiti Sains Malaysia
Julai 2005 – Ogos 2009

Mengajar

1.Sekolah Menengah Alang Iskandar, Bagan Serai, Perak (Praktikal)

2.Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum, Permatang Pauh (Guru Ganti)

3.????????????????????????????, negeri ?????????



Citynet Cyber Cafe
Permatang Pauh

1:20 am
16.10.09

Note: Aku datang CC ni, ingat nak cek kptsn posting. Tak kluar lagi rupanya.

Wednesday 30 September 2009

Testimoni Buat Sahabatku

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat sahabatku yang telah selamat melangsungkan pernikahannya pada 3 Syawal yang lalu. Akhirnya terlaksana juga impianmu walaupun semasa kita di tahun pertama dulu, kau mengatakan akan berkahwin masa tahun 3. Haha. Tapi itulah takdir Ilahi di mana jodoh pertemuan di tangannya. Engkau bertemu jodoh selepas bergraduan. Direzekikan isteri seorang doctor lepasan medic UIA, dan berasal dari Kelantan. Tahniah sekali lagi buatmu..!!!



Semoga perkahwinan ini bukanlah menjadi batu penghalang kepada ukhuwah kita yang terbina sejak sekian lama. Boleh dikatakan engkau lah antara sahabat baikku sejak dari tahun pertama pertemuan kita sehinggalah kita selesai menamatkan pengajian. Semasa kita di tahun pertama, bagaikan tiada rahsia antara kita. Segala masalah pasti dikongsi bersama (bukan semua la).

Persahabatan kita bagiku begitu istimewa kerana melibatkan hubungan dengan ibu bapa ku dan keluargamu. Beberapa kali aku bermalam di rumah kakak dan abangmu. Dan beberapa kali juga engkau pernah bermalam di rumahku. Begitu juga dengan keluargamu yang lain. Beberapa kali ayah dan kakakmu datang ke rumahku.

Masihku ingat pertemuan pertama kaliku bersama keluargamu. Ianya bermula di satu perjalanan malam kita dari USM ke Hospital Taiping sewaktu kita di semester pertama dulu. Ini terjadi apabila engkau mengajakku menziarahi bapamu yang terlantar di hospital. Secara jujurnya aku keberatan untuk mengikutimu. Tapi aku pun hairan, kerana terus sahaja aku menyetujui ajakanmu.

SELAMAT PENGANTIN BARU

Perjalanan kita berdua dengan aku membonceng motosikalmu yang bermula jam 11 malam meredah kedinginan malam merentasi jambatan Pulau Pinang dan Lebuh raya Utara Selatan begitu segar dalam ingatanku. Mungkin ia pengalaman awal aku di USM dan bermulanya episode hidupku dengan motosikal tak lama kemudian.

Akhirnya kita tiba di rumah abangmu di sebuah taman di Simpang, dekat Taiping pada jam 1 pagi dan kita bermalam di situ. Keesokan paginya kita ke hospital. Di situlah saat aku bertemu dengan ramai ahli keluargamu. Aku tak dapat melupakan pelukan ayahmu kepada ku saat kita nak berangkat pulang ke USM.

Ternyata, Ziarah pengikat Ukhuwwah..

Banyak lagi pengalaman-pengalaman indah sepanjang persahabatan kita yang begitu bermakna dalam hidupku walaupun di tahun kedua kita mula sibuk dengan haluan sendiri. Aku mula terlibat secara aktif di dalam Persatuan Ilmu Pendidikan dan PMIUSM. Manakala engkau sibuk sebagai YDP Kelab Penyayang.

Namun, persahabatan kita masih berterusan dengan kesibukan kita menyiapkan tugasan yang diberikan pensyarah. Kerap kali kita dalam kumpulan yang sama bersama dengan Faiz. Kita sama-sama pernah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang untuk menemuramah Pengurus MAS dalam sebahagian tugasan kursus PGT203. Kita juga sama-sama dalam satu kumpulan lakonan dalam tugasan PGT203 di mana Faiz telah menjadi lelaki lembut dan kita juga pernah sama-sama ke SMKA Al Mashoor Lelaki membentangkan proposal tentang School Based Assessment di hadapan Cikgu Linda Toh, cikgu Fizik aku dulu. Serta kita selalu sama-sama berjuang membuat laporan tugasan kita di malam terakhir sebelum tarikh hantar laporan.. Haha..




Tapi, lidah kan lagi tergigit. Masakan suami isteri. Apatah lagi persahabatan. Ada kala engkau terluka, adakala aku terluka. Kadang kala kita kecewa. Harapnya tingkah laku ku yang kadangkala tidak menyenangkanmu, tutur kataku yang kadang kala tajam merobek hati, dan hatiku yang kadang kala iri dan prasangka terhadapmu dimaafi dan aku telah lama memaafkanmu.

Semoga ukhuwwah yang telah terbina kekal hingga ke syurga walaupun kita telah di takdirkan berada dalam jemaah yang berbeza. Namun, itulah bukanlah penghalang terhadap ukhuwwah islamiyah yang murni.

Sekian buat sahabatku Noor Asrul Anuar bin Arifin. Semoga berbahagia disamping isteri tersayang Nur Syaqina binti Ismail. Semoga bahtera itu membawa ke syurga.

Selamat Pengantin Baru dan Salam Aidlifitri..
Raya tahun ni kita tak sempat nak berjalan bersama.



Ikhlas dari sahabatmu..

Mohammad Ihsan Kamarudin.
Parit Buntar,
30 September 2009/ 11 Syawal 1430H.

Friday 11 September 2009

Hebatnya Tautan Hati

Baru hari ni aku selesai baca novel tautan hati walaupun aku boleh dikategorikan sebagai ketinggalan. Apapun lega. Alhamdulillah. Hampir dua tahun hasrat aku untuk membacanya tertangguh. Sejak dari sahabatku, Fareed belum konvo hinggalah dah tiga tempat keja dia tukar. Faktor masa dan novel tu yang sering bertukar tangan membuat ku tak sempat nak baca. Tapi Alhamdulillah aku masih sempat baca. Tapi kali ni, novel hak milik kawan adik aku yang dipinjam. Seminggu jugak masa yang aku ambil untuk habiskan. Aku hanya baca pada masa lapang di bulan Ramadhan ini. Banyak aulawiyat lain yang lebih perlu diaula kan.

Begitu jauh imaginasi penulis novel ni. Tapi, masakan dia mampu menceritakan dengan mendalam pengalaman Asiah Yusra dan sahabat-sahabatnya jika dia sendiri tak pernah melalui pengalaman sebegitu.


Ternyata, pengisian dalam novel ini begitu hebat. Terasa rugi tak membelinya sebagai koleksi peribadi.

Banyak sekali mutiara yang boleh dikutip. Antaranya tentang dakwah fardiah, usrah, tarbiah, baitul muslim, pendidikan anak-anak, memilih jodoh dan sebagainya. Babak-babak penceritaan menarik walaupun banyak ending babak yang dapat diagak pembaca.

Fuh..mantap. So, boleh la aku meletakkan ranking novel Tautan Hati pada kedudukan No 1 dalam senarai novel-novel Islamik yang aku dah baca.

Kedudukan mengikut best :

1. Tautan Hati
2. Salju Sakinah
3. Ketika Cinta Bertasbih
4. Ayat-ayat Cinta
5. Surah-surah Rindu

Memang surah-surah Rindu tu paling tak best. Confirm! Sudah la aku beli kat Kelantan. Tapi, apa-apa pun redha ja.

Aku rasa kalau ada mana-mana penerbit yang nak buat filem Tautan Hati ni pun pasti menarik. Seperti filem Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih. Hm, tapi aku rasa di Malaysia belum sampai tahap boleh buat filem cerita begini. Satunya, kalau dah filem pasti kena masuk pawagam. Pawagam kan salah satu tempat yang sensitive untuk masuk oleh golongan sasaran cerita ni?? (Aku pun x penah masuk pawagam).

Di Malaysia, kalau dapat buat drama Tautan Hati pun dah bagus. Macam novel Nur Kasih. Dah dijadikan drama pun. Drama yang di adaptasi dari novel. (aku pun xpenah baca novel Nur Kasih. Dramanya pun sikit-sikit ja aku tengok. Sebab aku memang tak suka tengok TV, sekadar memberi contoh).



-Alhamdulilah. Sempat juga aku mengunjungi blogku hari ni. Dah lama aku tak melawatnya.-

Sunday 23 August 2009

Selamat Tinggal USM, Selamat Datang Ramadhan

Majlis Konvokesyen telah pun berlalu. Kini statusku sebagai mahasiswa telah luput tarikhnya. Dunia kampus telah ditinggalkan. Sebarang kemudahan yang dulu boleh kudapati semasa bergelar mahasiswa, kini terputus. Jika dulu aku sakit-sakit, klinik panel boleh dijadikan destinasi mendapatkan ubat percuma (ditanggung USM sebenarnya). Tambahan pula rumah aku di Parit Buntar. Memang terdapatnya Klinik Panel USM di Parit Buntar. Jika dulu, dengan senang hati boleh mendapatkan meminjam buku di Perpustakaan USM tanpa memikirkan tentang wang, setelah bergelar graduan, yuran ahli sahaja perlu difikirkan kerana bukan sedikit iaitu sebanyak RM 400.


Terima Kasih NC

Namun, begitulah kehidupan. Hidup perlu diteruskan. Sedikit kemudahan yang hilang tak bermakna kita perlu berhenti dan hanya meratapi sesuatu kehilangan. Hidup perlu diteruskan dengan perancangan masa depan yang lebih bermatlamat. Jika ada yang merancang untuk menyambung pengajian ke Ijazah Sarjana, silakan. Jika ada yang ingin terus ke alam pekerjaan, silakan. Dan jika ada sesiapa yang terus ingin menjadi suri rumah tangga bagi perempuan yang telah berkahwin, tak perlu dihalang. Janji hidup bermatlamat.

Mungkin sedikit peringatan kepada sahabat yang masih dalam tempoh kenikmatan sebagai mahasiswa. Gunakan peluang sebaik mungkin dengan segala kemudahan yang ada. Jika ada masalah kesihatan, jangan malu-malu untuk dapatkan rawatan dan ubatan. Di klinik panel anda boleh dapatkan secara percuma. Begitu juga dengan pemeriksaan gigi. Jalanilah proses mencuci gigi walaupun anda rasa gigi anda tiada masalah. Kerana ianya percuma. Jika di luar boleh jadi mencecah RM 50 untuk mencuci gigi.

Tetapi, paling penting, gunakan peluang yang ada untuk menimba sebanyak mungkin ilmu di pusat pendidikan yang dinamakan universiti sama ada ilmu yang dikutip dalam kuliah dan ilmu di luar kuliah. Kedua-duanya tak boleh dikesampingkan. Kedua-duanya saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

Konvokesyen hanya sekali!!


Konvokesyen hanya sekali dan ia pasti tiba. Sama ada anda puas atau tidak sepanjang berada di universiti, harinya pasti tiba melainkan anda di’sepak’ keluar akibat ketidak seimbangan akademik.

Jika dilihat pada wajah-wajah ceria para graduan pada hari konvokesyen, sebenarnya pelbagai perasaan yang berperang dalam hati mereka. Jika yang masih belum mendapat pekerjaan, pasti jiwa mereka runsing dengan langkahan seterusnya. Jika hati masih mereka masih ada secubit minat untuk belajar dan layak untuk ke Ijazah Lanjutan, mereka akan meneruskan pengajian.

Pergolakan dalaman lebih parah buat yang sudah serik untuk belajar tetapi masih belum mendapat peluang pekerjaan. Jiwa akan sentiasa resah selagi diri masih tidak bebas dari gelaran penganggur terhormat, dan sekadar membuat bisnes menanam tebu di bibir.
Dan sebenarnya, ramai juga para graduan yang merasai kerugian kerana melepaskan peluang keemasan untuk menuntut ilmu di universiti khususnya di USM. Ini kerana mereka hanya sibuk bermain game, terlalu asyik bercinta dan ada jugak yang terlalu asyik berprogram sehingga meminggirkan akademik.

Tetapi bagiku, walaupun insyaAllah sudah terjamin sebagai seorang bakal guru, tetapi tetap ada sekelumit perasaan yang mengganggu jiwa gembira. Resah aku memikirkan tentang perkembangan sahabat-sahabat seperjuangan persatuan. Aku lihat jumlah pendokongnya seolah-olah semakin sedikit. Aku rasakan ukhuwwah anggotanya makin menipis. Aku dapati beban yang ditanggung semakin besar dalam era Universiti Apex ini. Walaupun saat kali pertama aku menyertai mereka hampir sama dengan situasi aku keluar darinya, tetapi perbezaannya tetap ada. Pelbagai perasaan dan fikiran yang bermain-main di minda ku.


murid-murid, beratur elok-elok na!!

Apa-apa pun aku bersyukur kepada Allah kerana akhirnya dapat juga aku berkonvokesyen ‘on time’. Sebenarnya, aku sendiri amat tertekan sama ada aku mampu atau tidak untuk lepas KSCP tempoh hari. Malahan, aku sudah pun membuat ‘backup plan’ andai aku ter’extend’. Tetapi, atas keazaman dan keyakinan, sokongan padu dan nasihat berguna mak ayah, bantuan kawan-kawan yang sama-sama berjuang dalam KSCP (Afzan – memberikan tempat ‘merempat’, Bismi – Peneman di kala ‘study’ dan sepi, juga Abdullah – sahabat yang menyediakan bilik untuk ‘study’, dan juga sahabat-sahabat lain yang tak tersebut di sini yang memberikan sokongan moral dengan ucapan-ucapan semangat dan lain-lain. Dan paling penting, atas izin Allah, aku berjaya lulus.

Aku sengaja datang awal dan pulang lewat untuk konvokesyen ini. Bukan kerana aku teruja untuk berkonvo. Tetapi, kerana sekadar menggunakan peluang dan ruang waktu untuk bersama rakan-rakan dan teman-teman. Alhamdulillah, hasrat aku tercapai, walaupun ada teman-teman yang hanya sedikit waktu kita dapat bersama. Sesungguhnya sahabat-sahabatku, kalian lah sebahagian besar yang mewarnai kehidupanku sepanjang berada dalam bumi tarbiyah ini. Tanpa kalian, mungkin warna hidupku suram. Dengan kehadiran kalian, terasa begitu indah destinasi persinggahan dalam kembara menuju kehidupan abadi nanti.

InsyaAllah, andai ada rezeki, ingin aku membawa ‘bekalan’ sebagai peneman hidup dalam menghadapi masa depan yang penuh cabaran kelak.

Universiti Ramadhan

Setelah sah ku meninggalkan USM. Kini tiba pula Universiti Ramadhan. Kedua-dua ‘Universiti’ ini banyak persamaan dan banyak juga perbezaannya. Universiti Ramadhan merupakan anugerah Allah yang semua layak memasukinya tanpa pendaftaran. Malah di Universiti Ramadhan ‘elaun’ yang Allah tawarkan berganda-ganda berbanding bulan-bulan lain. Semakin banyak ‘kerja’ ibadah yang kita lakukan, maka semakin banyaklah elaun yang Allah berikan.


Aku dan muslimat-muslimat yang bujang. Yang dah kawen tak dibenarkan!!

Peluang dan kemudahan yang Allah sediakan dalam Universiti Ramadhan juga begitu istimewa. Allah menawarkan solat tarawikh khusus untuk hambanya dalam ‘universiti’ ini. Allah menyediakan pendidikan melawan hawa nafsu. Malah Allah memberikan kemudahan dengan membelenggu syaitan-syaitan yang selama ini menghasut manusia. Cabaran yang tinggal untuk mencapai kecemerlangan di ‘universiti’ ini ialah hawa nafsu dan manusia syaitan.

Sepatutnya kita menggunakan peluang ini untuk meningkatkan amal ibadah kita. Perbanyakkan baca Al-Quran. Banyakkan juga solat-solat sunat, tak tinggal solat tarawikh dan ibadah-ibadah khusus yang lain. Begitu juga dengan ibadah umum. Malahan, hadiah paling istimewa yang Allah sediakan dalam universiti ini ialah Malam Lailatulqadar. Malam ini amat istimewa kerana ganjaran amal ibadahnya lebioh baik dari seribu bulan. Cuma malam ni berlaku dengan penuh kerahsiaan. Promosi yang dijalankan juga hanyalah promosi tanpa tarikh dan masa. Hanya hamba Allah yang penuh sabar mengejarnya sahaja yang akan mendapat anugerah Allah ini.


Ok semua, tengok ARENAR...

Jangan terbit rasa menyesal dan tidak puas apabila hari ‘konvokesyen’ tiba pada 1 Syawal nanti. Menyesal kerana mensia-siakan tempoh masa barada dalam universiti Ramadhan. Kerana Allah menjadikan tempoh tarbiyah ini untuk memberikan ‘elaun’ dan menghapuskan dosa-dosa kita sebelum tiba tarikh luput sebagai seorang manusia.

Oleh itu, sama-sama kita menggunakan peluang Ramdahan kali ini dengan sebaiknya andai kita pernah merasakan kerugian dalam Ramdhan-ramadhan yang lalu. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini lebih baik dan menjadikan kita graduan universiti Ramadhan yang bersih dan suci dari dosa-dosa.

P/s: banyak lagi gambar sebenarnya. Tapi belum ambil dari kamera kawan-kawan. Apa nak buat, kamera sendiri tiba-tiba tak boleh guna pada hari konvo. Terpaksa la menumpang kat kamera orang..Terima kasih kepada pemberi kebenaran gambarku masuk ke kamera kalian..

Tuesday 18 August 2009

Pesta Konvokesyen Berlalu Lagi!!!

Sebelum kemasukanku ke USM, tak pernah aku tahu apa yang dinamakan sebagai Konvokesyen atau nama singkatnya Konvo. Sekadar pernah mendengar namanya dari ayahku yang telah menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari UTM semasa aku darjah 4 iaitu pada tahun 1996. Itupun ayah aku tidak pergi ke majlis konvokesyennya.

Apabila aku menjejakkan kaki di bumi Minden ini, baru aku dapat mengikuti dengan lebih dekat pesta ini. Malah, aku sentiasa ternanti-nanti ketibaan pesta ini untuk sama-sama memeriahkan sambutan kejayaan senior-senior dan juga memeriahkan ekspo yang menambah seri pesta ini.

Tahun Pertama di USM
Pada tahun pertama aku di USM, aku bersama-sama rakan-rakan baik yang sekursus dengan aku, iaitu Aizudden dan Hilmi telah mencuba nasib untuk menjadi AJK CONVEX tahun 2005. Kami sepakat menghadiri temuduga yang dijalankan dan Alhamdulillah memang kami terpilih malahan dalam satu jawatankuasa yang sama iaitu AJK Keselamatan.

Keterlibatan aku sebagai AJK CONVEX pada ketika itu merupakan aktiviti pertama aku sebagai mahasiswa USM, selepas beberapa minggu sahaja tamatnya minggu orientasi yang dilalui. Pengalaman pertama aku dan kawan-kawan yang lain sebagai AJK Keselamatan tak dapat aku nyatakan sama ada seronok atau pun tidak. Bosan kerana tugas kami hanyalah perlu memastikan keselamatan di tapak ekspo jualan. Tugas kami hanyalah bersiar-siar di tapak konvo yang insyaAllah selamat.

Aku pun tertanya-tanya jugak dulu ancaman utama terhadap keselamatan ekspo tersebut, dan masih aku ingat ada orang atasan yang menyatakan ancamannya ialah sabotaj. “Jaga-jaga kalau nampak geng-geng PMI, kot-kot nanti diorang potong wayar ke apa” katanya apabila ternampak satu kumpulan bermotosikal yang baru sampai di tapak ekspo tersebut. Dalam kumpulan tersebut, antara ahli-ahlinya yang aku ingat ialah abang Husni, Zul Saudi, Fazril dan ramai lagi yang aku tak perasan. (Masa tu mana kenal lagi dengan geng-geng ni. Aku rasa depa ni rombongan dari RS).

Tergelak jugak aku bila terkenang kembali kisah tersebut, apabila tak lama selepas itu, aku pulak yang join geng-geng tu.

Balik kepada AJK CONVEX, antara tugas kami ialah sentry. Kami perlu berjaga-jaga pada waktu malam. Maka, bergilir-gilirlah kami bersengkang mata dan merayau-rayau di tapak konvo yang lengang tatkala hampir semua peniaga melepaskan penat berniaga tanpa henti dari pagi sampai tengah malam. Kami perlu berwaspada kalau-kalau ada pencuri yang mengambil kesempatan menceroboh gerai. Fuh, memang bosan tugas kami. Ini yang membuatkan Hilmi sering mengeluh dan serik untuk menjadi AJK CONVEX. Bagaimanapun, aku rasakan pengalaman tersebut memberi makna yang besar sabagai satu proses pembelajaran dan kembara ilmu ku di USM.

Pada tahun kedua dan ketiga, aku tidak lagi menyertai CONVEX, tapi hati aku sentiasa tertarik-tarik untuk ke tapak Konvo. Aku rasakan, saat inilah peluang aku untuk jumpa senior-senior yang ku kenal untuk mengucapkan tahniah dan bertanya khabar setelah lama tak jumpa. Selain itu, aku juga rasa terpanggil untuk melihat dan membantu kawan-kawan yang berniaga juga mencuba makanan yang dijual dan berborak-borak dengan mereka, sama ada di gerai silat cekak, gerai Persatuan ilmu pendidikan atau gerai-gerai lain yang ada melibatkan kenalanku yang berniaga terutama di ARENAR, (kerana di situ kita bertemu). Memang pada minggu konvo, hampir setiap waktu makan aku, ialah di gerai-gerai konvo.


Pada tahun keempat aku di USM, Majlis Konvokesyen ke 39 yang berlangsung aku tidak sempat untuk ikuti sehingga selesai kerana perlu mengikuti perkhemahan yang diwajibkan kepada pelajar yang mengambil kursus PGT433, Pengurusan KoKurikulum. Maka, tak sempatlah aku untuk bertemu dengan abang-abang dan kakak-kakak Sains dengan Pendidikan yang sidang konvo mereka berlangsung ketika aku di tapak perkhemahan.

Setahun kurasakan sangat cepat. Majlis Konvokesyen kali ke 40 telah dirasmikan. Cumanya konvo kali ini cukup berbeza dengan pesta konvo yang sempat aku ikuti sebelum-sebelum ini. Kerana konvo tahun ini, aku pula yang akan dianugerahkan ijazah. Aku telah dijadualkan untuk menerima ijazah pada sidang ke 6, pada hari Jumaat, 14 Ogos 2009.

Majlis Konvokesyen kali ini juga berlangsung dalam keadaan kurang selesa kerana kebimbangan terhadap penularan Influenza A H1N1. Taklimat Raptai konvo pun memang begitu menekankan aspek kesihatan.

Memang kebimbangan masyarakat kampus terhadap pendamik ini begitu ketara. Aku dapat merasakan, kemeriahan pesta kali ini agak berkurangan berbanding yang lepas-lepas. Kedengaran juga bunyi-bunyi rungutan daripada peniaga-peniaga yang mengatakan hasil jualan merosot berbanding tahun lepas. Tak terkecuali ARENAR SHOP. Sempat juga hampir seminggu aku bekerja di situ, dan memang aku dapat rasakan berlaku pengurangan hasil jualan berbanding minggu konvokesyen sebelum-sebelum ni.

Apa-apa hal pun, mudah-mudahan konvo kali ini memberikan erti yang besar dalam hidupku dan graduan-graduan lain. Supaya semuanya bertambah maju dalam kehidupan dan yang paling penting dapat berubah menjadi insan yang lebih baik dan bertambah ketakwaan kepada Allah.

Friday 24 July 2009

HAMAS PEJUANG SUCI BAITUL MUQADDIS

Buku ini disarankan untuk dibaca oleh seluruh manusia yang peduli dan simpati atas pejuangan rakyat Palestin.....

Buku ini mengupas sejarah pembentukan HAMAS, kronologi peristiwa-peristiwa berkaitan HAMAS dan Palestin, Intifadah dan pelbagai perkara lain berkenaan HAMAS. Selami kepayahan dan kesengsaraan perjuangan HAMAS sebelum dan selepas diberi mandat menerajui kerajaan Palestin.



Tajuk-Tajuk dalam buku ini:

Prakata
Surat untuk Anda
Pesanan untuk Umat Islam di Malaysia

1. Asal Usul HAMAS
IM dan Isu Palestin Pra-1948
IM dan Peperangan 1948
IM di Tebing Barat
IM di Gaza
IM dan Fatah
IM Palestin Selepas 1970
Penubuhan HAMAS

2. Ideologi HAMAS

3. Matlamat Perjuangan

4. Sikap HAMAS pada Fraksi Lain
Sikap HAMAS pada PLO
Sikap HAMAS pada Gerakan Fatah
Sikap HAMAS pada Jihad Islami
Sikap HAMAS pada Fraksi-fraksi Lain
Sikap Hamas pada Pihak Berkuasa Palestin (PA)
Sikap HAMAS pada Golongan Kristian di Palestin

5. HAMAS & Ikhwan al-Muslimin

6. HAMAS dan Gerakan Bersenjata

7. Intifadah Pertama (1987-1993)
HAMAS Penggerak Intifadah
Harga Intifadah
Kesimpulan

8. Oslo 1993
Kandungan Oslo 1993
Kritikan ke atas Oslo 1993
Helah di Sebalik Oslo 1993
Respons HAMAS

9. Intifadah Kedua (2000)
Bagaimana ia Bermula?
Kerugian Pihak Palestin
Kerugian Israel
Populariti HAMAS
Dinamisme HAMAS
Harga Intifadah

10. Pembunuhan Syeikh Ahmad Yassin & al-Rantissi
Kesimpulan
Viva La HAMAS

11. HAMAS Sebelum Pilihan Raya 2006
HAMAS Masih Relevan
Mengapa HAMAS Menjadi Pilihan Rakyat?

12. HAMAS & Public Opinion
Tuntutan HAMAS Supaya Damai
HAMAS dan Politik

13. Masa Depan Palestin
HAMAS adalah Masa Depan Palestin?
Analisis Barat
Realiti Sebenar
Perpecahan Fatah
Respons Zionis
HAMAS dan Cabaran Baru

14. HAMAS Selepas Pilihan Raya 2006
Pendirian AS dan EU
Di Luar Jangkaan
Pilihan Raya yang Bersih
HAMAS, Senjata dan Bom Berani Mati
Rejim Zionis

15. Fenomena yang Menggegarkan Dunia
HAMAS dan Fatah
HAMAS dan PA
Sebab-sebab Populariti HAMAS
Hakikatnya
Kabinet Palestin Pimpinan HAMAS

16. Mengapa HAMAS Menang?
Pendapat Dr. Azzam Tamimi
Perpecahan Fatah

17. “Kami Tidak akan Menjual Rakyat Palestin Hanya Kerana Bantuan Asing!”

18. HAMAS Bukan al-Qaeda
HAMAS Bukan al-Qaeda
Darah Umat Islam
Hudna Bukan Pengiktirafan
Kegagalan HAMAS Bererti Kemunculan al-Qaeda

19. Briged al-Qassam Selepas Pilihan Raya

20. Truce for Dummies

21. Apabila Lensa Kabur…

22. Wawancara Bersama Menteri Kristian HAMAS

23. Tokoh-tokoh Hamas
Sheikh Ahmad Yassin
Dr. Abdul Aziz al-Rantissi
Khalid Mesh’al
Mahmoud Zahhar
Ismail Haneyyah
Syeikh Salah Syahadah
Ibrahim Maqadmah
Jamal Mansour
Ismail Abu Shanab
Yahya Ayyash

24. Apa Kata Mereka?

25. Tarikh-tarikh Penting HAMAS

Penutup
Rujukan
Biodata Penulis



Asal Usul HAMAS
HAMAS tidak muncul secara tiba-tiba. Kemunculannya juga bukan kerana kekecewaan sesetengah golongan pada Fatah seperti yang pernah didakwa. HAMAS juga bukan gerakan yang dicipta oleh Likud bagi memporakperandakan masyarakat Palestin seperti yang difitnah oleh sesetengah yang lain.

Gerakan HAMAS merujuk pada perjuangan yang panjang. HAMAS menegaskan yang perjuangan mereka kembali kepada perjuangan Syeikh Izzuddin al-Qassam semasa Revolusi Palestin 1936. Yang pasti, perjuangan HAMAS seperti yang diterangkan dalam perlembagaan mereka adalah berasal daripada gerakan Ikhwan al-Muslimin (IM). Gerakan IM ditubuhkan di Mesir seawal tahun 1928. Penulis akan membawa pembaca melihat sejarah IM dan perjuangan Palestin serta bagaimana ia dapat berubah bentuk kepada HAMAS.

_____________________________________________________________________________________

Ana dah baca buku ni, memang puas dan berbaloi-baloi..dengan membaca buku ini, akan membuatkan kita lebih memahami dengan lebih lanjut tentang perjuangan rakyat Palestin. Selain itu, akan lebih membuka minda kita tentang isu serangan berani mati serta JIHAD dan MATI SYAHID, tambahan pula dengan isu serangan bom yang berlaku di indonesia baru-baru ni.

Walaupun mungkin ada yang tak best apabila melihat pada nama si penulis, ana nasihatkan, untuk buku ini, abaikan penulisnya. Tapi fokuslah pada isi dan sumber rujukannya...

Buku ini boleh didapati di Kedai Buku Usm dengan harga RM 13.90 sahaja..

Selamat membaca...!!

Monday 20 July 2009

Mereka Mengandung Lagi…

Umi : Ihsan, anak menakan (saudara) Pak *** mengandung.

Aku: Alhamdulillah. (spontan).

Umi : Hish, hg ni. Tak baik..

Aku : Kenapa tak baik plak? Bersyukur la kan, dia boleh mengandung, sihat elok la tu.

Umi : Dia baru 17 tahun, dok sekolah lagi. Sebaya dengan Sumayyah ( adik aku) ja.

Aku : Oo..ya ka??

Umi : Ha la..kalau tak, tak habaq la kat hg..

Maka faham la aku. Rupa-rupanya emak aku nak ceritakan tentang seorang remaja yang baru berunur 17 tahun telah melahirkan seorang anak luar nikah. Sedih gak aku. Sebab seminggu yang lalu emak aku ada menceritakan seorang anak kepada jiran Tok *** turut mengandung anak luar nikah. Budak ni seorang pun baru berusia 17 tahun. Aku pun tak tahu la apa nak jadi dengan masyarakat sekarang ni.

Selain itu, emak aku jugak selalu menceritakan pengalamannya ziarah ke Raudhatus Sakinah. Tentang penghuninya yang telah selamat melahirkan anak. Tentang penghuni yang melarikan diri. Ada saja cerita dari emak aku jika pulang dari RS untuk aku ambil iktibar dari kisah-kisah masyarakat.

Ini baru cerita dari emak aku. Dalam kawasan kampong-kampung berdekatan dengan rumah aku. Bagaimana pulak dengan tempat-tempat lain. Kampung-kampung lain. Pekan-pekan lain. Daerah-daerah dan negeri-negeri lain. Berapa ribu la agaknya untuk tahun ni saja.

Aku : Hm..tu la dia nak seronok sangat.

Umi : Hg tak baik kata cam tu. Kesian la kat dia. Ayah dia penagih dadah.

Aku : Oh..ya ka.

Umi : Kita kena la kesian kat orang camtu. Nasib kita, anak-anak hang tak tau lagi.

Aku : Dalam hati aku berbisik minta dijauhkan dari benda ni.

Mak Teh : Mak dia dok biaq dia bebas sangat. Beli henfon la, moto la..

Hmm..aku terfikir,baiknya mak dia. Dalam susah payah hidup dengan suami seorang penagih dadah, masih mampu lagi nak belikan moto dan henfon untuk anak. Tapi, lain hadiah yang diberikan kepada emaknya.


Telefon Bimbit sebagai ‘Catalyser’

Tambah abang aku, dua benda tu la puncanya, moto dan henfon. Ada benarnya jugak kata abang aku. Sebab, bagi ku, henfon medium perhubungan yang sangat penting bagi manusia terutamanya pasangan ‘couple’ sekarang.

Henfon bagi aku adalah salah satu bahan pemangkin untuk sesuatu hubungan bertambah intim. Melalui henfonlah pasangan yang sedang hangat bercinta boleh ‘bergayut’ sampai 5 jam. Melalui henfon jugak lah pasangan ini boleh berSMS 48 jam tanpa henti. Dan apabila pasangan ini dah bosan dengan SMS yang ‘biasa-biasa’, mereka akan mula SMS perkara-perkara yang luar biasa. Mereka akan SMS perkara-perkara yang berbaur lucah dan lucah.

Pernah satu ketika semasa Latihan Mengajar, apabila guru disiplin merampas henfon seorang pelajar dan apabila dibaca dalam simpanan SMS, jumpalah SMS yang bukan-bukan ni..

Lebih ‘advance’ lagi mereka boleh MMS gambar-gambar peribadi mereka yang tak sepatutnya kepada pasangan masing-masing. Semua ini adalah langkah-langkah menuju zina. Tambah malang, apabila remaja sekarang ramai yang selalu menonton video lucah.

Maka, ini semua adalah factor-faktor penggalak untuk berlakunya kes zina dalam masyarakat. Zina tak berlaku jika tiada yang ber’couple’ sebelum kawen. Tetapi, menjadi masalah sekarang apabila ‘couple’ menjadi trend kepada remaja sekarang.

Kalau ditanya pada pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5, boleh dikatakan 50% dari mereka sudah ber’pak we mak we’ atau ber’marka’ kata orang utara. Malah, pelajar Tingkatan 1 dan 2 pun sudah pandai untuk terjebak dalam gejala ringan-ringan seperti yang diceritakan sendiri oleh pelajar ku tempoh hari.

Wahai ibu bapa, peliharalah anak-anak sebaik mungkin. Yang belum menjadi bapa atau emak, boleh lah jaga-jaga adik-adik. Semua gejala ini boleh dan perlu dibanteras dari rumah. Janganlah terlalu ‘spoting’ dengan membiarkan anak dara anda diusung ke hulu ke hilir oleh orang bukan muhrim. Bagi pandangan aku, jika ibu bapa membenarkan anak-anak yang masih bersekolah memiliki atau membelikan henfon untuk mereka, pastikan ‘barang tersebut manjadi barang kawalan anda. Jangan biarkan ia disalah gunakan

Paling penting sediakan ‘pendinding’ untuk anak-anak dalam menghadapi zaman ini yang penuh dengan mehnah dan fitnah serta tribulasi. Pendingnya tak lain tak bukan, ilmu agama. Pendidikan agama mestilah diterapkan sejak kecil.

Firman Allah SWT dalam surah At-Tahrim, ayat 6..
        •• ….
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari dari api neraka yang bahan bakarnya dari manusia dan batu….”


Pastikan mereka sentiasa patuh untuk melakukan segala perintah Allah terutamanya solat, dan pastikan mereka tak terpengaruh dengan gejala-gejala buruk terutama menghisap rokok. (Ingat, 100% penagih dadah adalah perokok).

Kata Ustaz Hasrizal dalam kuliah maghrib beliau di Bertam hari tu, "keluarga merupakan dunia kecil yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Maka, jagalah dunia kecil anda sebaik mungkin andai tak mampu untuk memimpin dunia yang lebih besar".

Maka sahabat-sahabat, jika anda merasakan anda tidak terjebak dengan gejala-gejala yang buruk dan patuh pada suruhan Allah, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah bersyukur kepada Allah kerana telah mengurniakan anda ibu bapa anda. Kedua, berterima kasih kepada kedua ibu bapa kita. Kerana ibu bapalah yang paling aula dalam mencorakkan pemikiran anak-anak seperti pelukis mewarnakan kain putih.

Wallahu'alam..


Nota: Pelajar yang diceritakan seperti di atas khabarnya telah selamat melahirkan bayi perempuan. Ibu muda tersebut juga telah diijab kabulkan dengan bapa si bayi malam sebelum si ibu selamat melahirkan anak tersebut. Semoga mereka insaf dan bertaubat atas segala dosa. Untuk diri sendiri juga, jangan lupa untuk bertaubat dan berdoa supaya sentiasa dalam petunjuk Allah..

Sunday 28 June 2009

Sahabatku, masihkah kalian ingat??

Sahabatku,
Ku masih terkenang peristiwa lalu,
Saat kita berasa pilu,
bak jantung ditusuk sembilu,
Angkara tangan manusia tak malu,
melakukan kejahatan secara melulu,
dek dihasut syaitan dan nafsu.

Masihkah kalian ingati?
Apabila kita dizalimi,
Hati kita disakiti,
Hak kita dinodai,
Hakikatnya kita diuji.

Cepat benar masa berlalu,
Setahun kurasa bagai seminggu,
ketika peristiwa itu berlaku,
tatkala menyambut mahasiswa baru,
Masihkah kalian ingat sahabatku?

Masihku ingat,
10 banner dicorak muslimat,
2 banner kedai yang buat,
12 banner yang sangat memikat,
Muslimin gantung ditempat gayat,
Susah payah kita melompat-lompat,
Badan sahabat dipanjat-panjat,
Dinding pun kita rabat,
Asalkan tali diikat kuat,
Demi menyampai satu matlamat,
Menyampai ucapan tahniah dan selamat,
Semoga hati mereka tertarik minat.

Tapi malangnya sahabat,
Ada manusia hati busuk dan jahat,
dengan syaitan mereka bersubahat,
kerana dengki dan dendam kesumat,
Mereka musnahkan apa yang kita buat,
Hak kita mereka liwat,
memastikan kita tak jadi kuat,
Andai adik-adik berjaya kita 'ikat'.

Begitulah muslimin muslimat,
Ujian menjadikan kita semakin erat,
Mungkin itulah hikmat yang tersirat,
Dengan takdir yang telah tersurat,
Semoga kita di dalam berkat,
Banyakkan solat dan munajat,
tak lupa kepada nabi kita selawat,
Semoga semua kita sempat bertaubat,
Atas dosa yang kita buat,
kerana 'kiamat' semakin dekat,
Mudah-mudahan hidup kita selamat,
di dunia juga akhirat..






Jumaat,
25 jun 09,
12.00am.
Parit Buntar.

-Ku menulis bukan nak mengumpat, tapi kerana teringat..

Thursday 25 June 2009

Surat Cerai Untuk Suami



"Ihsan, boleh tolong akak", kata seorang kakak berdekatan dengan rumah aku pada suatu pagi. "Ihsan, salin balik surat ni, cuma ihsan tukarkan je nama dan maklumat orang ni kepada maklumat akak", tambahnya lagi walaupun aku belum lagi menyatakan persetujuan.

Aku tak terkejut apabila didapati surat tersebut sebenarnya merupakan surat permohonan cerainya. Sebelum ni memang dah banyak yang akak ni dah luahkan pada umi. Umi seolah-olah sudah menjadi luahan perasaannya apabila krisisnya dengan suaminya semakin menjadi-jadi.

"Ihsan, hang tolong la kak ** tu, kesian kat dia", umi menyokong permohonnya. "Memang banyak ustaz yang dah bersetuju supaya dia dia bercerai dengan suami dia bila dia cerita masalah dia, orang pejabat agama pun kata cam tu gak", tambah umi lagi.

Surat Cerai Untuk Suami

Hati kecilku juga sebenarnya berpendapat sedemikian. Bercerai. Mungkin itu yang terbaik untuk akak ni.Bagi pandangan aku, kakak yang bertudung labih ni bagi ku begitu baik, dan taat pada suami dia. Apabila suami minta berhenti kerja, dia berhenti. Dan banyak lagi ketaatannya yang pernah umi cerita.

Tapi, apakan daya. Sudah jodoh dia. Dia disuamikan oleh seorang suami yang mengabaikan solat. 'Pasang' perempuan lain. Penyeksa emosi isteri. Menyekat hak isteri dan lain-lain.

Aku pun bersetuju, walaupun aku menyedari apa yang aku lakukan ini, bukanlah kerja biasa, tapi luar biasa, iaitu membantu seorang isteri bercerai dengan suaminya. Mudah-mudahan bukanlah menjadi dosa kepadaku.

Dan aku berharap, semoga inilah kali terakhir aku melakukan perkara ini dan kisah terakhir yang berlaku 'di depan mataku'. Selagi boleh diselamatkan, selamatkanlah.

sekadar hiasan

Semoga saudara-mara dan sahabat-sahabatku yang dah berkahwin tak terjerumus kepada perkara berat yang dibenarkan agama tetapi sangat dimurkai Allah ini. Tak terlupa kepada yang bakal berkahwin.

Walaupun hakikatnya, perceraian bukanlah perkara luar biasa dalam dunia artis sama ada di dunia mahupun di Malaysia. Seolah-olah memang itulah antara asam garam sebagai artis (walaupun diakui bukan semua artis sebegitu). Tetapi nampak gayanya, gejala bercerai kian menular di dalam masyarakat. Tak boleh salah seratus peratus atas muka mereka, sebab masing-masing ada sebab dan alasan sama ada yang syar'i ataupun tidak.

sekadar hiasan

Tapi, apa-apa pun semuanya perlu dirijuk kepada Al-Quran dan Hadis. Semuanya kuasa Allah, semuanya dalam pengetahua Allah. Yang penting, setiap dari kita melaksanakan yang terbaik terhadap tanggungjawab kita sebagai makhluk Allah dan sebagai manusia yang sudah pasti ditaklifkan dengan amanah.

Dan jangan lupa untuk sentiasa muhasabah diri dan memohon bantuan dari Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang serta dijauhkan dari segala bala dan bencana termasuk penceraian.

Friday 19 June 2009

Kembara ke Pahang

Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baru. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Al-Ankabut : Ayat 20

Semasa kesibukan pecutan terakhir menjelang peperiksaan KSCP baru-baru ini, Abdullah mengajak aku menghadiri walimah Shaikh Hizami dengan Kak Radieah di Pahang pada 13 Jun 2009. Berbagai alasan yang kuberikan kerana hatiku merasa berat untuk ke sana.

Jarak yang memisahkan Pulau Pinang dan Maran pulak, bukanlah dekat. Lebih dari 600km. Tambah-tambah pulak waktu itu, memang aku merasakan peluang untuk ‘lepas’ KSCP agak sukar.

Hatiku pulak masa tu lebih teruja untuk ke Kelantan, kerana di Kelantan, ada dua kenduri sahabat yang sedang menanti. Pemergian ke Kelantan lebih berbaloi dari ke Pahang fikirku.



Terima kasih sahabat atas kembara ini..

Pelbagai syarat yang aku kenakan kepada Abdullah (dan kepada diriku yang berbelah bahagi) jika tetap ingin mengajak aku bersama-sama pergi ke Pahang.

Pertama, ahli rombongan perlu cukup 4 orang. Kedua, aku mesti dapat menjawab exam KSCP dengan baik. Dan ketiga, umi ku memberi lampu hijau.

Tak disangka pula, keesokan harinya (iaitu sehari sebelum exam aku,10 Jun 09) Abdullah menelefon memaklumkan bahawa ahli yang bersetuju telah cukup 4. Abdullah, aku, Mior Azmi dan Abang Asyrul.

Terharu sungguh aku dengan kesungguhan Abdullah.. Siap dengan perancangan untuk pengangkutan lagi.

Tapi, apa-apa pun keputusannya, tetap di tangan aku. Kalau aku dapat jawab exam KSCP dengan baik, maka jadilah program ni. Jika tidak, sebaliknya akan berlaku.

Keesokan harinya, Alhamdulillah. Atas usaha aku dan keizinan Allah, aku dapat jawab dengan baik peperiksaan bagi Kursus ZCT 210 kali ini. Aku dapat rasakan lambaian hari konvokesyen Ogos nanti. Paling lega masalah kewangan yang akan ku hadapi semester depan (jika gagal exam ini) tidak perlu lagi aku fikirkan.

Maka, secara automatik, ada peruntukan kewangan untuk perjalanan aku ke Pahang nanti. Memang aku turut rasa ghairah untuk ke Pahang setelah yakin aku untuk ‘lepas’ KSCP ini.

Percutian ke Pahang ku anggap sebagai hadiah buat diriku.


Salah satu tempat menarik yang dilawati..

Kembara bermula

Kembara aku kali ini dirancang keseluruhannya selama 4 hari 4 malam. Dengan 3 hari 2 malam di Pahang.
Khamis 11.59 tengah malam, itulah jadual perjalanan bas Transnasioanl yang bakal aku naik. Namun kembaraku malam itu bermula jam 12.10 tengah malam hari Jumaat kerana bas mula bergerak meninggalkan Hentian Raya Parit Buntar lewat 10 minit dari jadual.

Sepanjang perjalanan, aku hanya mampu tidur-tidur ayam.

Tepat jam 3.40 pagi, aku minta izin diturunkan di Plaza Tol Jalan Duta, setelah permintaan pertamaku untuk turun di Restoran Jejantas ditolak. Permintaanku kali ini dibenarkan.

Tak lama kemudian Abdullah datang menjemputku, dan terus ke rumahnya di Sg Buloh. Setibanya di sana, ku dapati Mior sedang melayari bahtera mimpi di bilik Abdullah.
Aku pun turut serta bersama Mior kemudiannya.


Hari Pertama

Setelah selesai bersiap-siap dan solat Subuh pagi tu, kami bersama-sama menyentap sarapan pagi yang telah disediakan oleh emak Abdullah. Asyrul yang sampai sebelum tu, turut serta.

Lebih kurang pukul 8 pagi kami pun bertolak ke Pahang, menaiki kereta Asyrul.


Destinasi Pertama


Posing kat Taman Herba Jepun

Destinasi Pertama yang dituju ialah Bukit Tinggi. Lawatan ke Bukit Tinggi sebenarnya tak terdapat dalam perancangan program. Oleh sebab semangat yang membara untuk mengetahui keistimewaan tempat ini, kami pun terus mencapai kata sepakat untuk terus ke atas Bukit Tinggi atau Berjaya Hill (bukit inimilik syarikat Berjaya Holding) walaupun jalannya agak cerun dan agak lengang.

Setibanya di atas, kami ke Taman Arnab, tetapi sekadar singgah. Kemudian, perjalanan diteruskan ke Taman Herba Jepun. Tempat ini agak cantik dan sungguh menenangkan.

Agak mengejutkan apabila aku telah bertemu dengan sahabat sekelas ketika di Al Mashoor dulu. Walaupun rumahnya dekat saja dengan USM, tetapi di sini juga yang Allah takdirkan kami bertemu semula setelah lebih 6 tahun terputus hubungan.



Setelah puas berjalan di sini, perjalanan diteruskan, kali ini ke satu tempat yang direka bentuk ala Perancis. Fuh, tempat ini memang mengujakan. Ketika berada di sini, aku merasakan seolah-seolah seperti benar-benar di Eropah. Ditambah pula dengan cuacanya yang mendinginkan.

Tak di sangka pula, tempat yang agak jauh begini, ramai pelancong yang mengunjungi tempat ini. Apabila sudah puas berganbar dan menkmati keindahan tempat ini, manakala matahari pula dah tegak di atas kepala, kami meneruskan lagi perjalanan kami.

Kami meninggalkan Bukit Tinggi dengan rasa puas. Tetapi bagiku, lawatan ke tempat ini hanya berbaloi jika dibawa bersama kamera untuk mengabadikan kenangan. Jika tidak, anda akan rasa rugi kerana RM 10 dikenakan setiap orang untuk memasuki kawasan Berjaya Hill ini.


Gambar kenangan di bangunan ala-Eropah.


Perjalanan diteruskan ke destinasi yang dirancang, iaitu Pusat Konservasi Gajah yang terletak di Lanchang.

Bermesra dengan gajah merupakan pengalaman baru dalam hidupku. Begitu juga dengan sahabat-sahabat ku yang lain. Di sini, pengunjung berpeluang memberi makan kepada gajah, mandi bersama gajah,dan menunggang gajah.


Asyrul sedang menyuap makanan ke mulut gajah..

Tetapi, malangnya, kami hanya diberi kebenaran untuk memberi makan kepada gajah dan melihat gajah dimandikan, kerana pakej untuk menunggang gajah telah habis. Manakala, mandi bersama gajah pula tidak dapat dijalankan kerana air sungai tinggi pada hari tersebut.

Teruja juga aku melihat gajah-gajah liar yang mampu dijinakkan di sini. Gajah –gajah ini kelihatan bijak kerana seolah-olah boleh memahami bahasa pelatihnya.

Sahabat-sahabat, jika berpeluang datanglah ke sini. Masuk percuma. Terima Kasih diucapkan kepada Jabatan Perhilitan.

Perjalanan diteruskan dengan menghala ke arah Maran. Kami terus sahaja ke chalet yang telah ditempah beberapa hari sebelumnya. Chalet kepunyaan Majlis Daerah Maran ini ditempah untuk penginapan kami satu malam sahaja. Harganya RM 70.

Setibanya di sini, kami pun memasukkan barang-barang dan bersiap-siap untuk mandi di kawasan air terjun di Hutan Lipur Teladas (mungkin gabungan Telaga+Tandas = Teladas,kata Mior).

Setibanya di sana, memang mengecewakan. Abdullah yang paling beria-ia mengajak mandi air terjun petang itu paling kempunan. Kawasannya tak terurus, kemudahan infrastuktur terabai, paling teruk airnya dicemari dengan keladak-keladak (mungkin akibat dari pembalakan di kawasan atas). Memang tak lalu nak mandi di sini.

Sayangnya, apabila ramai manusia yang hanya mementingkan perut masing-masing sahaja tanpa mempedulikan hak-hak alam.

Akhirnya, kami pulang dan mandi di chalet sahaja.

Malamnya, tiada aktiviti yang dirancang selain solat di masjid dan makan malam.


Bergambar kenangan di depa chalet sblm check out..

Hari Kedua di Pahang

Pada pagi itu, tiada agenda yang dirancang. Tetapi, kami telah sepakat untuk bersiar-siar di kawasan chalet dengan berjalan kaki dan seterusnya singgah ke kedai untuk pekena roti canai. Sebenarnya, sebelum berjalan-jalan kami telah pun bersarapan di dalam chalet. Kami sempat menjamah roti dan tuna yang kami telah beli semalam sebagai bekalan untuk hari ini.

Apabila tiba waktu Zohor, kami telah bersiap-siap mengemas semua barang dan seterusnya ‘check out’ dari chalet.

Usai saja solat berjemaah jama’ Zohor Asar, terus kami menuju ke destinasi paling penting dalam kenbara kami ke rumah pengantin, Shaikh Hizami dan Radieah.
Rumah pengantin tak sampai 3 km dari chalet tempat kami menginap.

Setibanya di rumah pengantin, pasangan mempelai sedang ‘berposing’ untuk bergambar di atas pelamin. Kami pun tanpa berlengah terus menunggu giliran untuk bergambar bersama.

Kehadiran kami ke kenduri tersebut adalah di luar pengetahuan pengantin. Kami memang merancang untuk membuat kejutan atas kehadiran kami.


Selanat berbahagia Buat Sheikh Hizani dan Radieah

Dan ternyata, memang kedatangan kami mengejutkan Shaikh yang menyatakan ke tak sangkaan kehadiran kami.
Setelah puas makan nasi minyak selera Pahang dan bergambar, kami pun minta diri dan berangkat menuju ke destinasi seterusnya.

Lebih kurang jam 4 petang, kami tiba ke Hutan Lipur Berkelah atau Air Terjun Berkelah. Mengikut perancangan awal, kami akan berkhemah di sini selama satu malam, tetapi bergantung kepada cirri-ciri keselamatan yang di sediakan di tempat tersebut.

Apabila tiba di sana, dan setelah mendapati selamat untuk bermalam di situ, kami sebulat suara membuat keputusan dan memaklumkan kepada Balai Polis Gambang, iaitu balai polis terhampir dengan kawasan tersebut.

Kawasan tersebut tidak langsung mempunyai bekalan elektrik, dan kawasan perkhemahan yang di atas bukit, (hamper dengan air terjun) tidak di sediakan langsung tandas. Pengalaman berkhemah di Serdang sudah mengajar erti ‘jamban korek’.

Sebelum itu, urusan menyimpan kereta dan mendapatkan pengangkutan sangat menyusahkan.Atas sebab keselamatan, kereta perlu ‘diparking’ di tempat yang jauh, hampir 6 km dari kawasan bawah air terjun. Semuanya selesai lebih kurang 6 petang.




Kami perlu segera ke tapak perkhemahan sebelum hari gelap. Setelah beberapa ketika trekking, Pukul 7 baru kami tiba di tapak yang sesuai. Setibanya di sana, terus saja khemah dipasang. Hari yang telah pun gelap, menyebabkan kami tak sempat untuk mencari kayu api sebagai bahan bakar membuat unggun api.

Tetapi kami bernasib baik, kerana khemah kami berdekatan dengan khemah satu kumpulan lain, yang terdiri dari 2 buah keluarga. Kami menumpang cahaya unggun api kumpulan tersebut dan bergantung kepada suluhan lampu suluh yang di bawa sahaja.

Malam itu,kami diuji lagi, hujan yang turun telah menyebabkan kami berempat bersesak di dalam khemah. ( Memang bawa satu khemah ja). Khemah pula yang bocor dan tembus sedikit menggusarkan kami.

Tapi, alhamdulillah, hujan turut hanya seketika, selepas itu kami keluar dari khemah untuk menikmati keindahan langit ciptaan Allah, dengan bintang-bintang yang bertaburan di angkasa. Tak lama kemudian, kami mengembara di alam mimpi.


Hari ke tiga

Keesokan harinya, setelah solat subuh secara berjemaah dan bersarapan, kira-kira jam 7.30 pagi, kami memulakan pengembaraan kami ke tingkat tertinggi air terjun. Semuanya ada 7 tingkat. Kami berkhemah di tingkat dua.



Jungle Trecking kali ini memang berbeza dengan apa yang pernah aku lalui selama ini di Pulau Pinang. Cabarannya jauh lebih mencabar. Kami terpaksa melalui jalan yang sempit. Jalan yang licin dan cerun. Kami perlu memanjat batu, dan melalui pinggir jurang air terjun. Melompat dari batu ke batu.



Sepanjang pendakian, kami sempat mandi di salah satu tempat yang mengujakan kami. Kami juga sempat bergambar di tempat-tempat yang dirasakan menarik.

Setibanya di atas, subhanallah, hati kami teruja. Memang cantik air terjun yang Allah ciptakan. Berada itu sangat menenangkan jiwa.

Sekali lagi kami menjamah makanan yang dibawa dan bermandi-manda kemudiannya.

Hampir 12.30,kami tiba di tapak perkhemahan kami. Alhamdulillah, semuanya selamat tanpa ada kejadian yang tak diingini berlaku. Sungguh puas rasanya apabila dapat menikmati nikmat Allah yang sangat berharga ini. Sehingga tengah hari, ku kira, 6 kali telah ku mandi air terjun. Sehingga kepalaku terasa lain macam kerana airnya sejuk, tetapi sinar mentari begitu terik menerangi.

Kemudian, kami bersiap-siap untuk berangkat pulang. Dan selepas solat berjemaah, kami pun meneruskaan trekking turun ke bawah. Hampir pukul 3, kami tiba.

Setibanya di bawah, kami dapati pengangkutan (lori sapu) kami ke tempat kereta, telah pergi meniggalkan kami. Malang sungguh nasib kami, kerana 6.40 petang, baru kami dapat keluar dari situ.



Berangkat Pulang

Setelah solat dan makan malam. Kami terus berangkat ke Sg Buloh, ke rumah Abdullah. Malam itu, aku dan Mior bermalam di rumah Abdullah, sebelum berangkat pulang keesokan harinya (Isnin, 15 jun) menumpang Asyrul yang akan pulang ke Pulau Pinang.

...................................................................................
Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya dengan melihat kesan-kesan yang tersebut mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.


Al-Hajj : ayat 46
………………………………………………………………………………………………

1. Alhamdulillah, kembaraku kali ini di permudahkan Allah. Aku telah selamat pergi dan pulang.

2. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah bersungguh-sungguh untuk menjayakan program kali ini, terutama kepada Abdullah, selaku pengarah, Asyrul selaku pemandu dan penyedia pengangkutan. Tak lupa kepada Mior, selaku pelengkap dan penghibur.

3. Terima kasih tak terhingga buat Abg Yusof Ibrahim yang telah memberi sedikit sumbangan kepada kembara ini.

4. Kos pengembaraan ke Pahang dari Sg Buloh (tak termasuk tiket Bas Parit Buntar-KL dan makan secara individu) hanyalah RM 40. Memang berbaloi.

Monday 8 June 2009

Sebuah Pertemuan

Dalam perjalanan ku ke kenduri Amer Shahreza dan Siti Mariam petang tadi. Tiba-tiba aku terdengar satu lagu yang pernah satu ketika aku selalu layan. Lagu yang penuh makna untuk diriku..

Terimalah.. Sebuah Pertemuan nyanyian UNIC..

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Ulang (*)

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

P/S: Kepada semua sahabat yang berjuang utk KSCP, semoga mendapat keputusan idaman masing-masing. Dah masuk minggu exam utk KSCP dah..Jangan berputus asa. Berusaha hingga ke detik-detik terakhir. GUD LUCK semua....!!


Hilton
Bakti Permai
USM Penang
12.51am
8 Jun 09

Monday 1 June 2009

Depa dah Kawen!!!

Firman Allah:

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah dia menciptakan untuk mu isteri-isteri dari jenis mu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara mu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
(Surah al-Rum 30:21)


Bila dah kawen.. tanggungjawab mereka makin bertambah.. bukan senang nak kawen.. Bukan mudah bila dah kawen. Mental, fizikal, emosi, rohani, dan kewangan semua kena bersedia..


Gambar hari bahagia Gayah and Bro Afzan Amir Hamzah


Kata seorang Pak Cik yang tiba-tiba bercerita bab kawen dengan aku,( pada hal, aku baru ja bertemu dengannya)..kawen merupakan fasa baru dalam hidup manusia. Sebab sebahagian besar hidup manusia diisi selepas dari tempoh kawen.

Oleh itu katanya, langkah pertama untuk melalui fasa ini ialah mencari isteri yang terbaik.. Jika gagal dalam perkahwinan,maka akan tercalarlah rekod hidup walau cemerlang manapun kehidupan mereka sebelum itu..

Bagiku, membina baitul muslim bagai kan satu projek besar melahirkan generasi. Di mana, pengarah projek, timbln, SU, Bendahari dan segala ketua AJK tidak lain tidak bukan suami isteri…

Apa-apa pun, tahinah untuk sahabat-sahabat yang dah kawen dan akan kawen.. Semoga berbahagia hingga ke syurga. Semoga sentiasa dalam keadaan "mawaddah wa rahmah".

Terdahulu,

Ghaffar & zaujah (2008)

Amela & zauj (14 Feb 2009)

Baiti & zauj (18 Mac 2009)

Gayah & Bro Afzan (30 Mei 2009)

Amer Shahreza & Ct Mariam (1 Jun 2009)

Adi Shahid & Fatariah (6 Jun 2009)

Kak Asmah Desa and zauj (6 Jun 2009)

Sheikh Hizami & Radiah..
(7 Jun 2009)

Hmm..who next? ( yang ni bukan your mother)..

Wait n see…

Semoga baitul Muslim yang terbina melahirkan generasi Rabbani memperkasa gerakan terpimpin..

Tahniah dan Selamat Pengantin baru untuk yang dah kawen!!!

Monday 25 May 2009

Penentu status aku…

Kursus Semasa Cuti Panjang KSCP kali ini amat berbeza dengan KSCP aku sebelum-sebelum ini. Sebelum ni, dua tahun berturut-turut aku telah mengambil KSCP iaitu pada tahun dua, dan tahun 3. Maka kali ini meruoakan tahun ketiga berturut-turut aku mengambil KSCP.

Mengapa KSCP kali ini begitu penting bagiku?

Jawapannya, kerana ia akan menentukan status aku lepas ini sama ada terus bujang atau…eh, silap. Kerana KSCP ini akan tentukan sama ada aku akan extend atau aku akan konvokasion tahun ini.

Pemisah antara graduate dengan extend hanyalah pada satu ‘paper’, iaitu paper ZCT 210, Persamaan Pembezaan dan Analisis Kompleks namanya, iaitu salah satu killer paper bagi pelajar-pelajar Sains Fizik.

Bak kata Dr Azlan Abdul Aziz, paper yang memegang rekod paling ramai pelajar gagal di USM.

Walaubagaiman pun,ada orang lain boleh, kenapa aku tak boleh??

Mudah-mudahan aku diberikan kekuatan oleh Allah untuk study paper ni dengan tenang dan tidak mudah putus asa walaupun aku pun tak tahu siapa lagi yang turut sama mengambil KSCP bersama dengan aku kali ini.

Kalau aku tak berjaya juga kali ini, alamatnya kawan-kawan, kita jumpa lagi semester depan.

Kepada kawan-kawan lain yang ambil KSCP juga, Selamat Maju Jaya…



P/S: Kepada sahabat-sahabat yang mengetahui ada kawan-kawan sahabat yang ambil juga paper ni, boleh lah inform kepada ana ya..
Syukran…

Hilton Bakti Permai
1.30 a.m
24.5.09

Friday 22 May 2009

Benarkah Perbankan Islam di Malaysia tidak Islamik??

Benarkah Sistem Perbankan Islam di Malaysia tidak mengikut batasan syarak?. Padahal, media-media Malaysia sering menggambarkan bahawa Malaysia merupakan Hub Perbankan Islam Dunia?

Tetapi, itulah di antara kesimpulan yang dapat aku buat setelah mengikuti satu seminar kewangan dan perbankan Islam baru-baru ini.

Pengkaji system perbankan Islam mendapati bahawa 85% daripada produk perbankan Islam di Malaysia adalah melanggar Sistem Ekonomi Islam yang digariskan syarak kerana masih terlibat dengan riba.




Baru-baru ini, 18 Mei 2009, aku berpeluang mengikuti satu seminar iaitu “Sukuk Crucial Issues Seminar” yang telah dianjurkan oleh Syed Iskandar Syed Jaafar Corporate Advisory & Training yang bertempat di Cornwallis Suite, Eastern and Oriental Hotel, Georgetown, sebuah hotel 5 bintang yang terkenal di Pulau Pinang. Seminar ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada 10.30 malam hari yang sama.

Banyak perkara berkaitan sistem perbankan Islam yang telah dibangkitkan dan dibincangkan sepanjang seminar ini oleh dua orang pembentang kertas kerja iaitu yang pertama, Prof Dr Mahmood Sanusi bekas pensyarah UIA yang sekarang berkhidmat sebagai Proffesor in Islamic Banking & Finance, Takaful& Gold Dinar di Inceif University Bank Negara dan yang kedua Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al-Mahdzar seorang pengamal undang-undang yang juga mahir dalam bidang perbankan Islam.


Prof Dr Mahmood Sanusi dan Dr Syed Iskandar


Beberapa bukti telah dikemukakan atas dakwaan terhadap system perbankan Islam tidak Islamik.

Antaranya, bank-bank Islam memilih bulu dalam membuat perkongsian Musyarakah. Kebanyakan bank-bank Islam hanya membuat (kononnya) Musyarakah ini kepada golongan kaya (golongan mampu bayar sahaja). Tetapi mereka tidak mahu membuat perkongsian ini dengan orang yang tiada jaminan untuk membayar semula. Hal ini menurut penceramah terbabit adalah bertentangan dengan matlamat dan prinsip ekonomi Islam iaitu hak dan persamaan bagi semua golongan sama ada miskin atau kaya. Di sinilah terletaknya keadilan Islam katanya.

Selain itu, penipuan yang lebih menonjol dari system yang kononnya Islam ini ialah dalam urusan jual beli rumah. Dalam system ekonomi Islam, perjanjian pihak bank dengan pembeli adalah dengan pihak bank menjual sesuatu rumah kepada pihak pembeli dengan pihak bank mestilah menjual sesuatu (rumah) yang telah menjadi hak milik bank. Dalam bahasa yang lebih mudah, pihak bank mestilah terlebih dahulu membeli rumah tersebut daripada pihak pemaju perumahan, kemudian barulah menjual rumah tersebut pihak pembeli. Dan jika ada apa-apa masalah yang melibatkan rumah tersebut pihak pembeli mestilah berurusan dengan pemilik awal rumah tersebut iaitu pihak bank.

Tetapi apa yang diamalkan di Malaysia sekarang, apabila pihak pembeli mempunyai masalah dengan rumah yang dibeli, apabila diajukan kepada pihak bank, pihak bank terus saja lepas tangan dengan mengatakan itu adalah masalah pemaju.

Padahal, sepatutnya rumah itu adalah milik bank, dan mereka perlu bertanggungjawab apabila timbul masalah. Lebih malang kepada pembeli, apabila duit terus dipotong (untuk bayar rumah tersebut), tetapi rumah terbengkalai. Apabila diajukan kepada pihak bank (yang kononnya mengamalkan perbankan Islam), pihak bank menuding jari kepada pemaju.

Ini bukanlah prinsip-prinsip keadilan yang diajar oleh Islam. Prinsip-prinsip Islam penuh dengan keadilan dan tiada penindasan dan penganiayaan di dalamnya. Janganlah sampai perkara ini boleh menjatuhkan maruah Islam dengan menjadikan nama Islam sebagai jalan mencari keuntungan semata-mata.

Walaupun, perkara yang telah menjejaskan nama Islam ini sebenarna telah berlaku dalam satu kes, seorang pembeli melawan AFF** Islamik Bank. Di mana selepas penghakiman dilakukan Hakim telah mengatakan "Perbankan Konvensional adalah lebih baik daripada Perbankan Islam".

Bukankah ini telah merendah-rendahkan Islam. Padahal, "Islam itu tinggi, tiada yang lebih tinggi daripadanya". Hal ini disebabkan pembeli tersebut perlu membayar 3 setengah kali ganda (hamper RM 1 juta) daripada harga asal rumah tersebut (lebih kurang RM 300,000), tetapi kalau menggunakan perbankan Konvensional hanya sebanyak lebih kurang RM500,000 sahaja.

Dalam menghadapi krisis perbankan Islam yang tidak diketahui khalayak umum ini, Prof Dr Mahmood Sanusi menegaskan, sepatutnya buat masa sekarang tidak perlu lagi menggunakan istilah perbankan Islam, dan mencadangkan setakat istilah perbankan Moral sahaja yang layak.

Dr Syed Iskandar pula mendedahkan bahawa banyak produk-produk dalam perbankan Islam pada masa sekarang hanyalah ‘copy and paste’ daripada system konvensional. Yang ditukar hanyalah pada istilah yang di Arabkan.

Itulah antara contoh-contoh yang telah dikemukakan. Sebenarnya banyak lagi perkara-perkara yang didedahkan.



Peserta dan pembentang kertas kerja mengambil gambar kenangan sebelum makan malam.

Menurut penceramah lagi, ada sesetengah produk perbankan Islam yang diamalkan, sebenarnya telah difatwakan haram oleh satu majlis peringkat antarabangsa. Tetapi, oleh sebab banyak keuntungan yang boleh dijana dari produk tersebut, pihak bank Negara boleh mengatakan perkara tersebut (fatwa yang diputuskan) tidak menjejaskan Malaysia. Terasa besarnya kepala pihak bank Negara dalam isu ini.

Menurut penceramah, punca sebenar berlakunya system perbankan Islam yang tak Islamik ini adalah disebabkan oleh beberapa individu tertentu yang mempunyai pangkat tertinggi dalam Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia tidak mempunyai integriti.

Mereka berpegang kepada sedikit riba yang diamalkan adalah dibolehkan dengan alasan darurat. Menurut penceramah, hal ini tidak boleh dikatakan sebagai darurat kerana system ini telah berjalan sejak 1983 lagi, dan darurat adalah untuk survive antara hidup dan mati, bukan untuk mencari keuntungan yang lebih.

Malah, menurut penceramah lagi, banyak bukti-bukti telah menunjukkan bahawa inividu penting dalam Panel Penasihat Syariah Bank Negara mempunyai kepentingan-kepentingan peribadi. Mereka menubuhkan syarikat sendiri, kemudian mereka sendiri menandatangani kontrak dengan mewakili Bank Negara Malaysia, atas nama Penasihat Syariah. Malah individu ini mempunyai rangkaian pengikut dan penyokongnya yang tersendiri menyebabkan begitu sukar untuk individu didakwa.

Malah individu ini sendiri yang telah mendedahkan bahawa penasihat syariah boleh memperoleh sebanyak USD 3,000-USD 4,000 sejam dan pendapatan melebihi USD 1 juta dalam satu temuramah beliau dengan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan.

Sebenarnya ada lagi orang-orang penting yang telah penceramah dedahkan tentang penyelewengan yang telah dilakukan.

Individu-individu inilah yang sebenarnya lebih jahat daripada Yahudi, kerana Yahudi hanya menganiaya bangsa bukan Yahudi. Tetapi manusia-manusia yang telah didedahkan sebenarnya tidak amanah dalam menjaga kesucian Islam, malah menggunakan Islam untuk menganiaya umat Islam sendiri.

Mudah-mudahan mereka mendapat hidayah atau dijauhkan Allah dari terus merosakkan amanah.


Hasil dari seminar ini, apa yang dapat aku simpulkan ialah,

1. Perbankan Islam di Malaysia masih jauh untuk mencapai 100 peratus Islamik, kerana Penasihat Syariah Bank Negara masih diketuai oleh golongan yang melihat wang lebih dari mendaulatkan agama.

2. Perlu ada satu badan bertindak atau NGO yang menjadi check and balance untuk menyuarakan suara pengguna bank-bank Islam dalam memastikan ketidak puasan hati dan mengkaji keputusan penasihat syariah bank Negara.

3. Masih ada bank-bank yang ikhlas dan bertanggungjawab dalam menjalankan system perbankan Islam dengan panel penasihat syariah yang boleh dipercayai.

4. Dinar emas adalah “medium of exchange” yang terbaik dalam system kewangan.


Penulis menerima sijil penyertaan dari Prof Dr Mahmood Sanusi

Walaubagaimana pun, pelaksanaan dinar emas dan dirham perak sebagai medium of change masih jauh lagi untuk dilaksanakan selepas kali terakhir digunakan sebelum keruntuhan khilafah Islam Othmaniah.

Banyak lagi halangan dan cabaran yang perlu dihadapi untuk mengaplikasikannya. Cabaran terbesar ialah kefahaman umat Islam sendiri dan ancaman Yahudi dan Amerika yang mengamalkan sistem kapitalis. Mereka tidak akan membiarkan umat Islam menguasai kekuatan ekonomi dengan penggunaan dinar emas ini yang dalam masa yang sama akan menghancurkan sistem ekonomi yang dikuasai mereka hari ini.


Wallahualam. Semoga perkongsian ini dapat sedikit sebanyak membuka mata kita melihat perkara sebenar yang berlaku dalam memperjuangkan Islam yang sebenar.

Semoga pejuang-pejuang Islam dari semua sudut, sama ada ekonomi, politik, social, pendidikan dan sebagainya diberi kekuatan dan mendapat bantuan Allah dalam menegakkan kebenaran.

P/S: Terima kasih tak terhingga kepada Dr syed Iskandar yang memberi peluang kepada kami untuk mengikuti seminar ini secara percuma. Kami menjadi AJK merangkap peserta, di mana peserta sepatutnya membayar ribuan ringgit.